Pages

Friday, November 25, 2011

jangan membenci..

Salam pembaca semua.. Aku kehhilangan seorang kawan.. Marilah sedekah kan al-fatihah buat saudara kamalhadi rosli.. Hmm.. sedih,terkejut dan x terkata.. Pagi jumaat, aku dikejutkan dengan panggilan arwah da x ada.. Dan aku ingt ianya mimpi kerana waktu tuh pukul 6.47 pagi.. Aku telefon kawan yg lain, cm x sah je berita ni.. Then aku telefon yang rapat dengan arwah.. Ianya benar, telah pergi buat selamanya.. Serta-merta air mata berlinang.. Kebetulan aku mmg berniat nak balik kerana awal muharam, cuti akan jdi 3 ari.. Tapi ad kisah g berlaku dan aku mmg patut balik.. Dari bus pukul 10.30 pagi dan ketiadaan kenderaan utk ke terminal.. Aku berlari ke arah orang yg membawa kereta dan tahan utk tumpang ke terminal.. Aku x kisah dan aku x malu utk tahan sesapa asalkan aku dapat balik awal dan pergi ke pengkebumian nya.. Aku berjaya naik bus pukul 8.30 pagi dan sampai rumah dalam pukul 12.15 tgh hari, aku x sempat lihat wajah arwah buat kali terakhir..

Dalam perjalanan, aku tahan air mata dengan buat muka berkerut(stress), tu je cara aku x nak nangis.. Ya allah, banyak rasa yang aku pendam dalam hati sampai satu saat dulu aku x leh pandang muka dia... Dan lately ni, apa2 event klik aku buat, dia involve.. Aku imbas balik waktu sekolah menengah,waktu broga hill(arwah memakai baju jersi malaysia), then aku teringat aku ada tulis kat entry forgive and forget pasal seorang mamat.. Dan kali terakhir event adalah waktu raya yang aku x sempat nak join.. Klu sempat aku nak ckp maaf, aku akan lakukan.. Benarlah kata orang kalau ada parut dalam hati, biarkan saja ia berlalu, nanti kita yang menyesal.. Dan aku memang menyesal.. Mudah-mudahan dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin.. Al-Fatihah sekali lagi buat arwah..

Monday, November 14, 2011

pukul berapa datuk harimau...


Hai.. Pukul berapa datuk harimau (cepat tgk jam masing).. Pukul 10 pagi nak.. Eh2, jam datuk mati lah.. Lupa nak tukar bateri.. Hehehehe.. Jangan marah ea chu.. Pagi atau tengah hari kot aku buka tv, then ternampak program PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU kat Tv3.. Hehehe.. Chumell.. Aku teringat kalau kecik2 main, penat berlari.. Tapi kan datuk harimau ni mcm sama je ngan musang dan anak ayam.. Cuma kena tanya kot.. Hohohoho.. Ak nak main ar.. Tapi kan teringat lah pulak kisah AYU .. Di satu hari, Ayu terdengar bunyi loceng aiskerim dan sangat excited....

Jadi bila aku teringat kisah tu, aku pun x jadi lah nak main2 benda ni.. Ahahahaha(gelak mcm nenek sihir).. Ayu =P ... 



Ouh yeah, aku cari gambar budak main Datuk Harimau.. 
Ni dari blog KAMI IN THE HOUSE.. Sebenarnya dia x kasi copy.. Hehehe, saya nak link ke blog dia je.. G tgk blog dia cepat2..

Ok lah balik semula ke program tv3 tu.. Dia cerita lah kat budak2 tu pasal huruf Q.. Huruf Q jarang diguna.. Sebab x byk perkataan yang mengunakan Q.. Korang tahu apa Huruf Q?? X kan x tahu kot .. =.=" pelik lah klu korang tak tahu.. Dia tunjuk lah gambar2 yang ada huruf Q.. Seperti.. 




bbQ, Queens, Quality, Quantitative.. Huhuhuhu..
Disebabkan x ada orang kat umah tadi, aku pun jerit sorang..
"Datuk Harimau ada lagi,ada lagi. Qualunque !!! Q juga tu"

Boleh bayangkan aku jerit kat tv yang tak kan bagi respond.... Ahahaha.. 

-Tamat-

Sunday, November 13, 2011

Kura-kura

Hai... Sebenarnya aku nak citer pasal penyu lah.. Sebab aku dgr lagu GANU tu.. Semalam aku mamai masa buat post tu, tuh yang tulis kura-kura.. Erk, aku malas nak cerita skang ni.. Jadi aku tunjuk gambar2.. Tahu x kura-kura itu sangat chumell.. Ni semua dari google yang ensem bagi aku gambar2 ni.. Hahahahaha..


Saya pasti ini lah keadaan saya dan kamu juga.. Huhuhu.. Dunia sekarang berdasarkan teknologi.. Eh3, awak buat apa tu..?? FACEBOOK lah tu...


Bagi yang obses ngan kura2, korang boleh tempah keta yang design mcm ni berdekatan dengan rumah anda..


 Vs


Bagi aku, dinosaur itu 300 juta trilion lagi chumell dari kura-kura.. Hehehe.. Tetiba lak aku rindu ngan Sam Ichigo.. I miss u Ichigo..






Saturday, November 12, 2011

jom ke ladang,,

Hai.... Ari sabtu yang penat.. Jadi kita semua ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... Aku penat sebab g ladang.. Ko tahu penat?? Tak tahu.. G buka kamus dewan bahasa dan pustaka.. Ladang?? Huhuhu, dinosaur pun reti berladang ke? Mestilah, ingt aku ni bandar x reti nak buat kerja2 kampung.. Walaupun aku x ada kampung, tapi aku x lah macam orang bandar yang manja.. Tolong sikit ea.. Disebabkan x ada kampung, so tanah kampung tu transform jadi tanah ladang ataupun tanah kebun.. Encik Sirun telah menanam pokok sawit,gaharu,buah-buahan kat tanah tuh.. Aku x sabar nak tunggu pokok2 buah membesar.. Nanti boleh makan buah(perasan je, mcm suka makan buah).. Pagi tadi g ladang nak tanam pokok gaharu....

Aku sememang nya malas nak tanam pokok.. Sangat malas... Then nak x nak kena balik gak, sebab kucing aku yang ngok ngek tuh, dia main flying kick kat anak pokok gaharu tuh.. Abis patah pokok2 tuh, sebelum anak pokok mati, kena lah tanam cepat2.. Kuang asam punya kucing, nnti pokok tuh da besar.. Aku ikat ko kat batang pokok gaharu.. Grrrrrrrr.. Dalam perjalanan nak ke ladang tuh, jalan basah.. Erkk, baru pas hujan.. Ouh tidak, mesti kat kampung aku hujan gak.. Ouh yea, rumah aku kat selangor.. Ladang @ kampung aku kat Negeri Sembilan.. Haaaaaaaaaa, jauh tau kami berladang.. 1 Jam 30 Minit baru sampai ke lokasi ladang tau!!..



PERKARA YANG BIASA BERLAKU: Macam biasa, ada "roadblock" yang nak pergi meragut rumput.. 


PERKARA YANG JARANG BERLAKU: Ni anak sapa ni, ada yang arwah kang.. Then, mak dia dtg.. Dia pun membebel dalam loghat nogori.. 


Sampai je kat ladang, memang hujan.. Tunggu punya tunggu, x stop hujan ni.. Grrrrrr(hujan plezzz STOP).. Ouh,hujan x nak stop.. Memandangkan aku da lama x mandi hujan.. Aku pun redah je lah nak tanam pokok, agy pun semut2 tanah(semut warna hitam,sakit tau kena gigit..) x kuar time hujan.. Hahahaha, selamat kaki aku.. Tapi.. =.=" SEMUT tuh kuar juga walaupun hujan !!! NAsib aku pakai kasut but ladang Simple je nak tanam pokok.. Gali lubang, tanam pokok, timbus tanah.. Dah.. Tu je.. Tapi kalau ada 30 batang pokok dan hujan.. Errkk.. Korang pikir kan lah..


Itu 10 anak pokok GAHARU.. Tu lubang yang pasti bukan aku yang gali.. Hahaha..  Aku malas
nak cerita.. Korang tekan je link tu ea..


Ini alat yang wajib ada.. Kaki aku da belang.. Sebab ari tuh aku x guna kasut ni.. Aku guna selipar.. Amik ko, belang kaki aku.. Ada jalur tali selipar kat kaki aku.. Waaaaaaa.. Hodohnya.. 


Mana lah aku tahu nak hujan, topi ada satu je.. Apa lagi aku buat ar topi kertas sebab hujan.. Oklah tu.. Tapi mak aku yang buat, sebab aku lupa nak lipat mcm mana.. Huhuhuu..

Seronoknya kalau ada rumah kampung.. Hehehe.. Rasa rindu lak kat arwah nenek.. Aku x sempat jumpa arwah atuk.. Sebab aku kuar dari peurt mak aku lambat sangat.. Huhuhu.. Memang lah nenek suka membebel itu ini.. Dan aku akan selalu merungut.. Hish, bisinglah.. Masa tu kecil lagi.. Then bila arwah nenek sakit.. Aku just dengar je apa yang dia membebel, nak apa, dengar dia cerita ayam dia ilang.. All that's thing.. Hurmm.. T.T .. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Oklah, x moh sedih2.. Aku nak tunjuk kan gambar2 ladang..


Pokok gaharu yang sedang membesar..



Pokok sawit yang ntah bila nak berbuah.. 


Pondok yang senget.. Hasil kerja tangan Encik Sirun dan Encik Izzuan..
Kadang2 scary je.. Takut tumbang.. Hahahaha.. Ok lah tu, daripada x ada pondok langsung..

Selesai je tanam pokok, kami semua balik.. Aku rasa baju aku lencun gak masa tanam pokok, ntah mcm mana aku rasa mcm bju aku kering.. Aku pun x perasan, dalam nak balik tu sambil tunggu handset aku meninggal.. Aku tangkap gambar, sayang handset buruk ni.. Huhuhu

Handset aku dapat tangkap gambar ni.. Waaa, background belakang x terjejas pun.. See, cantik kan untuk kamera handset yang hanya 2.0 megapiksel dapat tangkap mcm ni.. Cayang handset..


Ni gambar hutan2 sepanjang perjalan pergi dan pulang dari ladang..

Aku tak tahu napa gambar ni jadi mcm da nak malam.. Aku tangkap gambar ni masa kol 3 or 4 ptg.. Cahaya tu jadi gelap.. Hehehehe.. Mesti korang ingt da nak malam kan.. Ok lah, tu aje.. Next post, aku nak citer pasal KURA-KURA.. Tunggu tau.. Ouh yeah,, thanks sudi baca blog yang x seberapa ni..
-Tamat-

Wednesday, November 9, 2011

menabung

Hai...... Hari ni nak ckp pasal menabung(sebab aku tengah kering ni).. hehehe.. Ok lah.. Korang pernah x dengar Amanah Saham Berhad a.k.a ASB.. Ini adalah salah satu tempat penyimpanan wang atau tempat BERANAK KAN DUIT !.. Apa x caya? K, fine.. Entry tamat................ Ok lah x nak dengar sudah... Aku nak cerita gak.. Huhuuhuhu...Napa aku ckp tempat beranak kan duit.. Sebab memang pun.. Aku tgk buku akaun kawan aku.. Amik ko.. Dia beranak mcm apa je.. Nak tunggu ko simpan duit syiling.. Hurm.. Untung lah.. Kalau mampu tunggu duit tuh penuh macam dalam gambar tuh.. Korang buat lah, eden x dayo nak cengitu.. Aku ni memang fail klu ada tabung.. Kena menyimpan dalam bank.. Sebab aku malas nak mencucuk duit.. Kan kena cari ATM.. Kalau tabung tuh, konpem2 depan mata aku.. Apa lagi.. Aku kopak lah tabung tuh.. Ahahahahahahaha..


Ini lah tempat penyimpanan wang saya.. PAKAI BUKU AKAUN.. Lagi selamat dari kad ATM.. Walaupun aku malas nak mencucuk duit kat ATM.. Aku lagi malas nak kuar kan duit dalam BUKU AKAUN.. Sebab kena beratur.. Jadi secara x langsung duit aku selamat dari aku sendiri.. huhuhuhu.. Klu ATM CARD ada pin no.. Kadang2 parents or ada "manusia" yang tahu pin no kita.. Dan tetiba ATM CARD ko ilang.. Tahu2 je.. duit dlm bank ko da lesap.. Haaaaaaa.. Klu buku akaun ilang, duit dalam tuh x ilang.. Melainkan klu ada orang kerat ibu jari kiri ko, dan bawak ke bank utk kuar kan duit dalam buku akaun ko... Ahahahaha, agak2 pengawai bank tu terima x??


Ouh ya, aku nak berterima kasih kat SITI SAYIDATINA sebab membuat aku terbuka fikiran nak menabung kat ASB sebab aku tengok buku dia.. Kisah ni korang nak caya atau x.. It's up to you, i don't mine.. Sebab yang ni, memang aku tengok sendiri ngan mata kepala aku.. Klau aku nak menipu yang aku nampak, rasanya x ada faedah pun.. Bukan nya ASB bayar aku komisen sebab promote utk menabung di ASB.. Nih apa yang aku nampak dan rasa sangat tertarik hingga aku buka ASB dan berharap korang pun akan menyimpan duit kat ASB... Yang aku ingt lah.. Tahun 2008 dia buka akaun tu dengan rm 30 je.. Dia biarkan selama setahun, x tambah duit pun.. Then jan 2009 dia nak simpan duit, check baki semasa RM 100++.. Sepanjang tahun 2009, ada lah transaction duit kuar masuk dlam RM 2000 ++.. Pada disember 2009 dia biarkan akaun dia ada RM 100++, next year dia tunjuk kat aku RM 600++.. Pergh, biar betul.. Nih dermakan duit ke apa ASB ni.. Aku x caya, tapi itu lah yang aku sendiri nampak dan tengok.. Klu ada gambar memang aku tunjuk da.. Since dari hari tu, aku pun buka lah ASB.. Adalah duit aku dalam bank tu.. Tapi aku x dapat agy dividen, baru bukak tahun ni..

Huhuhuhu.. Then tadi aku terjumpa  blog LANABUSYBEE.. Dia bercerita mengenai penabungan kewangan... Berkaitan ngan Loan ASB.. Aku terpikir gak, ntah3 kawan aku tuh ada buat LOAN ASB kot, sebab tuh jadi mcm tuh.. Tapi bila difikirkan kawan aku tu student sama macam aku x kan dia pinjam LOAN??? Yalah, syarat kelayakan kena ada buku ASB dan SLIP GAJI 3 BULAN.. SLIP GAJI?? Kawan aku tuh x keje.. So, klu dia guna atas nama parents dia.. Mestilah buku ASB tuh atas nama parents dia kan.. Nih x, nama dia sendiri.. Jadi mcm mana?? KESIMPULAN YANG AKU BUAT.. Mungkin nasib dia dapat duit dividen macam tuh, mana tahu kesilapan bank sendiri dan ianya berlaku x sengaja.. Ouh ya berkaitan dengan LANABUSYBEE, baki akaun dia dalam tuh hanya RM 57.00 je... ! Then tetiba dia beranak jadi RM 600 ++.. !!!!!!!!!!!! Nak tahu ceritanya.. Apa lagi, klik lah kat link nama dia tuh.. Mudah-mudahan korang akan menabung lepas ni.. Kalau x cukup kelayakan pun, menabung lah kat ASB.. Macam saya.. Sikit-sikit, Lama-lama jadi GUNUNG KINABALU !!!!!!....


Gambar ni aku amik kat blog FAZLI SYAH.. Ada gak kebaikan amik gambar2 orang ni.. Sebab aku akan tulis kat blog mana yang aku ambil.. Kan promote blog orang lain.. Baik x aku..?? Ouh yeah.. Ko ada duit RM 1.00 yang kat atas GUNUNG KINABALU.. X de? Dok diam2 macam aku.. Hehehehe.. Dia nih macam baru buat blog.. Rasanya orang ni suka travel dan buat aktiviti lasak.. Bagus lah dia ni.. Contohi lah dia.. Dan jangan contohi DINOSAUR yang makan tido ni.. Huhuhuhu.. Baca blog dia dan follow dia.. Kalau korang follow dia, secara x langsung dia rasa semangat nak menulis blog lagi.. Tolong-menolong antara sesama blogger... 

 -Tamat-

Friday, November 4, 2011

gagal..


Hai.. 2 ari i'm far away from normal.. Then ari ni.. rasanya da normal.. Ahahahaha.. Hish rindhu diri sendiri lah.. Da sayang x moh sedih2.. Hehehehe.. Ok lah.. Disebabkan aku punya result menurun yang amat.. Aku amat sedih.. Ya lah, sebab aku ada target sendiri... Lgpun aku da nak Grad Dip.. So CGPA tu aku nak dpt kan 3.65 ke atas.. Di sebabkan GPA aku menurun.. CGPA aku pun turun dari 3.5 ke 3.42.. Hishh.. x pe.. ada sem terakhir yang aku akan perjuangkan.. Huhuhu.. Aku macam x leh terima kenapa subjek yang aku suka dapat C.... C tau BUKAN C- !! x jumpa gambar yg sesuai..
Adakah soalan yang terlalu susah? Erk.. memang susah pun, tapi x lah jangka kan C! Adakah aku x cukup belajar?? Memang pun, sem ni ko jarang bangun pagi dan BELAJAR! Adakah aku x cukup buat latihan? Memang pun, sampai pensyarah halau ko kuar kelas.. X ingat ke? Adakah salah aku atau orang lain?? Salah sendiri bukan nya orang lain lah.. Ok lah.. walaupun ada "kisah" yang aku sebenarnya membuat aku menjadi begitu.. Tapi sebenarnya salah aku, kenapa layan sangat perasaan tu sampai aku x study..

Kisah dan kata2 yang sentap tu aku akan jadikan hati aku lagi keras ngan "KORANG" yang kat JENGKA tu.. Aku x berdendam dengan kau, dan aku x nak salah kan sapa2.. Sebab ianya DISGUSTING !!!!.. It's my mistake.. "Hey you, budak SYIKIN yang CHUMELL.. Kalau orang tu cakap macam tu, ko buat pekak je.. Dia ada masalah dalaman ngan kau.. Kau cool je babe..Jangan melatah.. Kamu budak yang baik.."
Hehehe, puji diri sendiri, baik???? Erk, saya JAHAT sebenarnya.. Ramai x suka saya dan benci ngan saya.. 
Mereka,mereka.. Ok dah3.. Jangan merepek dan buat drama kartun ultarman ko kat sini.. Mereka ketawa saya, mereka kesakitan saya, mereka kesabaran saya, mereka kejatuhan dan kekuatan saya, mereka keluarga saya juga, merekalah kawan saya.. Walaupun mereka x sama macam kawan2 saya kat BANDAR KINRARA ni.. Tapi kerana mereka juga saya belajar untuk survive.. Mereka KAWAN YANG BAIK.. JENGKA RUMAH SAYA JUGA...


Huhuhu.. Aku nak recheck paper tu(NIATNYA LEBIH), sebab aku nak tahu mana mistake yang aku buat.. Weh sakit ati tau kalau da dapat result tapi x dapat paper.. Aku marah betul... Memang ar, aku da x guna subjek atau paper tu untuk sem seterusnya.. Tapi aku nak tahu gak apa yang aku merepek masa ngah exam..Macam test, dapat paper semulakan.. Haaa, ni salah ko..!! Ko suka buat formula sendiri kan? Macam da PROFESSOR pulak!! Padan muka.. Hehehehe.. Aku jenis "DAPAT RASA" apa yang aku buat salah dalam peperiksaan.. Dari sekolah menengah aku ada "KEBOLEHAN SEMULAJADI ITU".. Sebab bila kuar exam je, aku dapat detect aku salah kat soalan mana.. Walaupun aku x buka buku dan check jawapan.. Aku tahu, sebab da kuar dewan.. Ouh yang ni lah jawapan dia bukan yang tu.. !!! Asal lah dalam dewan bole x ingat, kuar dewan ko boleh ingat.. Syikin3... Hish... Kertas yang aku dapat C ni, aku x dapat detect apa yang aku salah, masa kuar tuh x ada pula "DAPAT RASA".. Aku x tahu lah, da 2 sem kebolehan semula jadi aku tu macam da x berfungsi.. Kenapa ek?? Mungkin kah aku terlalu yakin dengan jawapan sendiri?? TAK PERNAH, ko jangan nak perasan ko SELALU YAKIN ngan jawapan ko.. SELALUNYA ko merepek je.. Ya lah, my bad.. Takpe aku akan buat yang lebih baik.. Yeah suksess.. !!! AKU AKAN DATANG KAT KAU !!

 

Ouh ya, lupa pula.. Aku nak cakap sesuatu.. Kau berjaya dan GAGAL disebabkan diri kau sendiri !!! ATAUPUN soalan tu susah sangat.. Kau PANDAI atau KURANG PANDAI, salah kau.. Jangan salahkan orang lain.. Ianya MENJIJIKKAN apabila kau salah kan orang lain..!! Kalau salah pensyarah, kadang2 masuk akal.. Sebab tengok cara dia mengajar juga, tapi dia da bagi kau ILMU. So absorb apa yang DIA BAGI !!!... AKU RASAKAN SEBAB KAU, AKU GAGAL.. Hello !! Ianya menjijikkan salah kan orang tapi sebenarnya salah kau.. Kalau lah ada orang cakap macam tu lagi.. Aku akan bagi 8 word je kat dia..
FACE IT DUDE !! IT'S YOUR PROBLEMS NOT MINE !!!!!!!




_______________the end__________
^.^

Thursday, November 3, 2011

MOTIVASI DIRI selepas tgk result... T_T

Satu dua tiga dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat
Empat tiga dua dan satu
Puncak yang betul aku di situ
Ada dah dekat ramai yang berbatu
Cuba lagi dik ku tunggu
Chorus
Ku cuba berkali-kali
Masih tak menjadi-jadi
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi
Aku cuba lagi aku cuba lagi
Hanya yang lemah kan lari
Jadi lelaki dan cuba lagi
Nah bukan senang
Hendak menang
Apatah lagi jadi juara
Nah bukan senang nak jadi bintang
Apatah lagi jadi lagenda
Aku tahu aku fasih
Nombor satu yup aku masih
Terima kasih seteru bersekutu
Keranamu aku bertambah mutu
Tetapi kebelakangan ini aku tepu
Hampir beku ni buku lirik kosong nak berdebu
Hilang sengat hilang seri hilang seru hilang merdu
Mata tutup kepala tertelungkup
Pintu dengar ketuk oh anak ku menjenguk
Papa jangan kerut dahi
Tukar niat baca Bismillah mesti jadi
Ulang Chorus
Buat lagu hebat radio tak nak main
Apa boleh buat buat lagu lain
Aku dengar sedap dia dengar lain
Mungkin lepas menang AIM dia main
Jangan cari pasal kaji hujung pangkal
Buat lagi sampai tiada orang boleh sangkal
Sampai orang kampung kata pakai tangkal
Sampai gadis kota tidur tepuk bantal
Sampai orang-orang gaji pun hafal
Tapi selagi tak berlaku tawakal
Ganda usaha bukan simpati
Percaya besok lusa buat lagi
Mereka tanya sampai mana
Yo nampak langit sampai sana
Tiada makna kalau tiada fakta
Lihat carta situ ku diwarta
Ulang Chorus
Ma kata ku pandai Pa kata ku kuat
Jikalau cari jalan tak jumpa ku buat
Ke sini ke sana hanya satu garis lurus
Jangan menoleh mana-mana jalan terus
Ku bukan jenis suka omong kosong
Tolong dengar dik jangan bodoh sombong
Lima ribu tahun atau lima saat
Kalau kita mahu kita dapat
Banyak laki berapa jati
Banyak janji berapa ditepati
Cuma dara sunti minta puji
Anak jantan minta uji
Lepas cakap besar tanam pokok
Pasti belum boleh berteduh besok
Dan kalau tak berbuah doa sehari lagi
Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali





Don't waste my time

Hai... Semalam kebohsanan yang melanda kalbu dan minda ditambah pula kecuakan result nak kuar esok.. Adeh.. Melepaskan tension pergilah tgk wayang.. citer IN TIME.. Wah.... Erk.. Mula2 aku x paham gak sebab dia ada jam kat tangan.. Bukan jam tangan tau..! Jam tu mengira waktu dia hidup berapa lama.. Pelakon utama mestilah yang paling hensem dan hot "body".. Wah, mahu peluk itu Justin Timberlake punya body..


Justin Timberlake... Mula2 part dia ngan mak dia.. Dia ckp "Happy 50,mom".. Tapi mak dia cantek wooooooo.. X macam 50 tahun pun.. Pastuh aku pun pikir, mungkin mak dia melahirkan Justin masa umur belasan tahun kot.. Tuh yang awet muda.. Paham kan apa yang aku cuba sampai kan..???

Rupa2nya, manusia akan jadi awet muda ataupun ada sistem yang menghentikan penuaan bila umur da mencapai 25 tahun.. Kiranya umur sebenar ko 85 tahun pun, muka dan body ko nampak macam umur 25 tahun.. Maintain je... Wah... mesti ramai yang nak kan...?? Kompem manusia yang bergelar isteri nak jadi macam tu, x nak suami lari.. Yang lelaki a.k.a suami x dibenarkan membuat sedemikian.. Kang hang cari perempuan lain.. Hehehe..

Cerita ni boleh lah dikatakan perbezaan darjat mengikut kekayaan "MASA", yang miskin akan hidup hari demi hari bergantung kepada pekerjaan mereka.. Kiranya, kalau ko kerja sepatutnya dapat duit.. Tapi ko da dapat tambahan masa untuk hidup.. Ko nak beli atau bayar apa2 semua guna masa yang kau ada untuk hidup...Agak scray gak sebenarnya..

Part yang aku rasa sayu sekali bila mak nya yang cun tu mati.. Mak dia bagi Justin 30 minit, then dia janji nak celebrate birthday mak dia.. Before dia nak celebrate , ada orang bagi dia masa sebanyak 105 tahun untuk hidup.. Mak dia nak balik umah tapi harga tiket bas da naik jadi 2 jam.. Kat emak dia ada 1 jam 30 minit je utk hidup.. Yang si anak nih tgk emak dia x ada pun dalam bas masa turun kat depan umah dia.. Both of them keep running.. Tapi Justin x sempat bagi masa kat emak dan mati... Wooo.. cuak kot.. Ada satu ayat yang dia ckp ngan orang yang ada 105 tahun tu.. Rasa macam tragik dan sadis hidup diorang tu..




Demi korang aku berusaha cari dialog dia berckp ngan orang yang umur 105 tahun tu..

Will Salas: Just once I'd like to wake up with more time on my hand than hours in the day.





Henry Hamilton: The poor are meant to die. It's how the system works.
Will Salas: What the hell is that supposed to mean?
Henry Hamilton: You really don't know, do you? 




Henry Hamilton: How old are you, in real time?
Will Salas: Twenty eight.
Henry Hamilton: I'm a hundred and five. The day comes when you've had enough.
Will Salas: What the hell suppose to mean.
Henry Hamilton: Everyone can't live forever. Where we want to put them. If you had much time as i am. What will you do with it.
Will Salas: I sure as hell wouldn't waste it!



Will Salas: How can you live with yourself watching people die right next to you?
Sylvia Weis: You don't watch. You close your eyes.

(Ayat ni macam kejam je)



Ayat2 dalam citer ni cool gak ar, simple je.. Yang miskin hidup hari demi hari, yang kaya hidup selamanya.. Apa2 pun, citer nih cool lah.. Aku mencadangkan kamu pergi tengok.. X rugi pun.. X lah teruk sangat pun.. Ni kata2 ni amik dari facebook kakak angkat saya.. 


Time equivalent to money
If money is so precious
Why time isn't?


-VALUE YOUR TIME-
S.N.H.