Pages

Sunday, February 20, 2011

hari yang x gembira!

ermmm.. ari nih,, aku x tahu napa aku mcm stresssssssssssss sikit..
haisssshh,, ari nih aku nak jadikan 'HARI X BERTEGUR SAPA!"
orang cakap sepatah.. aku nak cakap suku patah,,,!
ermm minggu yang sgt pack dengan test..
SPM pun x amik 3 kertas dalam sehari!!!!
dan mmg x ada mood..
dan aku nk mkn cokelat..
nak makan byk2.....
ouh,, nyummmmmmmm!! sedop bhai...


do you know what is benefit of cokelat??????????????
segala kata2 negatif yang coklat membantu menternakkan lemak dan jerawat..
ADALAH AUTA SAMA SEKALI!
ianya ada kebaikan tersendiri...
it's give u damn power energy when u r tired.. trust me!!!! 
u should try it,, when u lose power.. mcm charge batery..
ermmm.. apa lagi ea?? haaaaaa,, ianya menceriakan hari anda..
bila ko tgh sedih2,,
MELANTAK LAH COKLAT, ia membantu MENCERIAKAN hari anda (da mcm iklan la pulak..)
berrdasarkan fakta coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang 
yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat
Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita,  
yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.
So, bagi wanita diluar sana yang tgh stress or frust menoggeng..
ko x yah r feeling lebih2,, x ada sapa pedulikan ko..
ko melantak coklat dan enjoy it!!!!!!
TAPI janganlah ambil berlebihan.

NANTI KO OVERDOSS HEPI!!!! 
 

Wednesday, February 16, 2011

#Innocent 1

PADA TENGAHARI YANG INDAH DI HOSTEL PEREMPUAN, INNOCENT SEDANG TIDUR DAN MENUNGGU WAKTU MAKAN TENGAH HARI DENGAN RAKAN-RAKANYA.

SEDANG TIDUR, DIA DAPAT CALL DAN MESEJ.
"INNOCENT, TURUN.. MAKAN"

Budak 1: Masa ko angkat call aku, ada tak bunyi apa-apa?

Innocent: Bunyi apa tu? Penat ak jerit.. Sengal!

Budak 1: Ouh, aku dapat percuma bunyi tu, Maxis bagi. Ala mcm caller ringtone..

Innocent: Hah,, caller ringtone? Aku da angkat lah call kau. Takkan da angkat ada caller ringtone pulak..

Budak 2: Ala background music lah. Kan ada sekarang ni. Klu orang call dan berborak ada background music.

Innocent: (Dalam muka yang musykil) Ouh ya ke?

Budak 1: Ya, aku dapat free.

Innocent: Haish,, penat aku jerit selama 13 saat, tengok ni duration call 13 saat! Penat tau jerit-jerit.

Budak 1: Hehehe, jangan marah.

Budak 2:(Tgh tahan muka nak GELAK)

MEREKA PUN MENIKMATI LUNCH BERSAMA-SAMA..

 Budak 1: Ko ingat tak background music tu jenis lagu apa?

Innocent: Entahlah, x jelas. Macam heavy metal je.

Budak 1: Nak dengar lagi x? Aku call semula. Nak x?

Innocent:(Muka da musykil) Huh? banyak kedit ko?? X yah membazir lah kedit tu..

Budak 1: Ala, aku call ni. Angkat, dgr background music.

Innocent:(Angkat call Budak 1,) Hmmmm, X ada bunyi pun.

Budak 1 & 2:(Muka tahan gelak)

Innocent:(Arghh, damn. Aku terkena!!!!!! PENIPU !!)

Budak 1: Sebenarnyakan, bunyi lagu tu dari laptop Budak 2.

Budak 1 : Hahahahahaha, asal ko percaya sangat? Budak 2 baik bunya backup!! Bagus!!

Budak 1 & 2: Hahahahahahahahahahahahahahaha,, da terkena..!

INNOCENT MENGEJAR MEREKA DAN CEKIK MEREKA!

THE END

Sunday, February 13, 2011

frenzz

damn 1.12 a.m.. 
can't sleep.. need to stay up.. i'm not done my work ..YET..
aiyoooooo..
hmmmm,, disebabkab buhsann.. aku bukak fb..
then x ada org sgt o9..
ofcozz.. diaowg da tidur.. aku je yg jaga.. 
bukak fb... apa lagi stalker..
hehehehe..
g profile kengkawan,, tgk gamba2 diowg..
ermm... windhu pulak...
aish.. suddenly terbukak fb kawan yang sorang ni..
hmmm.. it seem's i lose my frenz again,,
rasa sedih lak..  semua da x mcm dulu..
bawa haluan masing2..
klu jumpa pun time cuti sem or cuti am..
da x mcm dulu time skool..
hari2 jumpa.. walaupun da muak tgk muka masa skool..
tapi seyes nak ulang balik time tuh..
aku x kan muak tgk muka kowg.. sumpah doh..
but now.. it's seem different.. everything change,, does it?
yeah pretty much.. everyone change..
DOES THIS DERSCRIBE YOUR FRIEND..
what u think??
for me it does,, friends is part of my life..
without em i ain't nothing,..
why?? they give me spirit..
they don't let me become more down.. when i sad..
 even they are not around me..
we still keep in touch..
talk about men,gossip, everything..
 but sometimes they are mean to be my friends..
but my family..
yeah they are my family..
my second family..
they do give me support..
but when some of em fall in love.. 
it's difficult for me.. coz they buzy..
hmmmmm...

hey guys,, i didn't mean anything..
but when you fall in love.. dun forget me and the others..
juz plesss.. sometimes terasa gak..
when u are single,, we do always hang out together..
but now,, ada yg sanggup lupa member..
patut ke aku terjemah kan lupa member??
hmmm,, maby.. lupa member sekejap..
amnesia..


hey buddy,, do you keep our old memories??
when we laugh, the things we said, 
the men we talk, the gossip..
i hope you do keep in your mind.. dun let it go..
plezzz where's the word best friends forever?? 
u said it before.. our "click" is the best.. 
but now it seem opposite for what u have say.. 
damnnn,, miss my girlfriend..
i know we all not together anymore..
belajar pun kat tmpt lain2..
but plezz dun finish this friendship..
juz miss our old time school..
 

heyyy stay in touch..
dun go away..
hang out together juz like school time..


yeahh i still remember.. kita pernah peluk each other..
ingat x kem kat ulu yam.. yang pasal kawan tuh..
hope kowg still ingt agy...
windhu nak peluk ramai2..

 



it's not forever,, coz forever is the end of sumthing..
our friendship is a gift from god.. 
friend' until the last breath...


Saturday, February 12, 2011

beg...

ouh... tidak.. minggu depan aku da pack ngan aktiviti.. (jangan amik sabtu dan ahad sayalah!!)
ada aktiviti ngan penasihat akademik ...
dan another week ada mid term paper..
wish me luck yeaaa..!!
ehmmmm.. disebabkan kesibukan,, aku lupa nak beli beg baru..
ari tuh tyme cuti cina, banyak sangat kedai tutup..
sempat beli kasut je..
kasut BUM..
putih kuning..
hohohohohohoho..
kenapa aku beli warna putih??
aku bkn nya pembersih..
lagi3 ak nih pengganas antarabangsa..
konferm kotor..
aku beli pun sebab x ada pilihan lain..
kedai tuh je yang bukak..
nak x nak aku belilah..
klu x beli,, pakai kasut koyak lama lah..
dalam masa yang sama..
ak ada 2 beg yg sgt MENYEDIHKAN..
1 beg tgh da nazak..
yg tgh nazak nih aku da guna selama 3 sem..
huhhuu..
berkualiti gak walaupun duit aku terbang 70 ringgit ..
aku beli masa sem 1
1 lagi da putus..
baru pakai 3 minggu..
x berkualiti langsung,,
ya ar..
beli pun rm25 je..
sedih bai..
aku bawak laptop pakai beg rm 25 tuh,,,
terhempas beg tuh..
naseb tekanan laptop tuh jatuh atas buku,,,,
klu x.. waaaaaaaaaaaaaaaaaa... 
so,, aku usha converse beg..
huhhuu,, sgt chumell dan SMART...
sapa nak hadiahkan aku beg??
no one,, so kena beli sendiri lol...
abah,, nak duit.. nak beli beg..
hehehehehe..
bapak saya bank duit..
x ada duit.. 
mintak kat abah..
nak beli beg baru...
=)







nak beg baru!!!!!!

Monday, February 7, 2011

Perlu ke?

8 p.m (ISNIN): Bermain monopoly ngan classmate sampa kol 11.30 malam.. Memang "lara".. buku x sentuh pun.. (x pe,, kita bangun pukul 2 pagi,, kita belajar)...

2.30 pagi: Mimi da bangun,"KIN BANGUN, KATA NAK STUDY?"hehehe,, buka mata .. Pandang Mimi: "Ermmm...yaaaaa"

4.40 a.m: Alamak,, x Isyak agy.. damn.. MELAKSANAKAN TUGAS ISYAK.. Then duduk kat meja study..
erm... Contract Acc(COSTING)?????? ermmm.. perlu ke belajar?? x kot.. sebb esok bkn kuiz..
ehh.. esok tuh bkn sekarang nih da SELASA an?? arghhh.. Esok tuh Rabu,, ada kuiz COSTING...  ermm.. tapi perlu ke?? malam karang lah belajar.. ahahahaha...

Saturday, February 5, 2011

Dui Mien De Nu Hai Kan Guo Lai.... =)

sgt chumelll.. ok nih lagu mandarin,,,
ak jumpa lagu nih masa bukak you tube yang dinyanyikan olaeh bdk bm 2004..
nak cari apa maksud..
coz mcm besh je...
diowg ada pertandingan nyanyi.
nih yang dinyanyikan oleh bekas pelajar uitm jengka..
bkn kos ak lah..
nih business or banking..

 


then ak cari version yang chumell sikit.. jumpa yang nih..
sangat creative lah..
dilakon kan oleh mat2 saleh,,,
enjoy it..


Thursday, February 3, 2011

kisah sambal goreng tempe

ak x tahu kenapa aku terjaga kol 3 pagi..
orang lain tgh sedap tidow ak x leh tidow lah pulak..
then ak membelek majalah sekolah,, tetiba lak windhuu zaman sekolah..
ada satu artikel yang aku taip semula..
artikel nih ok lah.. ak suka dulu.. then juz nak share ngan korg je..
x ada r lawak gila babas..
tapi ok lah..
Hasil Nukilan oleh senior aku a.k.a member aku..
Sya_feerah 1504 ataupun Raisyafira!
Dipetik dari Majalah S.M.K.SEKSYEN 1 JILID (1)..
ditaip semula oleh : DINOSAUR



KISAH SAMBAL GORENG TEMPE

Alkisah… satu cerita zaman dahulu kala. Ada seorang lelaki yang sangat kurus hingga boleh dihitung tulang rusuknya. Walaupun kurus, dia tetap power kerana beristeri dua. Lelaki itu bernama Tempe dan isteri-isterinya bernama Cili Kering dan Asam Keping.

Tanpa diduga pada suatu hari, kedua-dua isterinya mengandung jua setelah lima tahun berkahwin. Maka sungguh gembiralah Si Tempe sehingga melompat 5 meter tinggi dan terus tersangkut di atas pokok. Dia terpaksa meminta tolong tetapi masih menjerit dalam keadaan yang sangat gembira sehingga dia terpaksa dirawat di Tanjung Rambutan selama sebulan kerana dianggap gila oleh ketua kampungnya yang bermisai melentik itu.

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba akhirnya… jeng..jeng..jeng… lahirlah dua orang bayi perempuan yang comel lagi gebu. Tempe terlalu gembira sehingga terlupa nama yang hendak diberikan. Setelah berfikir selama tiga bulan, akhirnya dia memberi nama anak Cili Kering,Bawang Merah dan anak Asam Keping,Bawang Putih. Tempe sangat sayang akan anak-anaknya.

25 tahun kemudian, kedua-dua anaknya membesar dan mempunyai paras rupa yang cantik dan menawan mengalahkan Erra Fazira. Bawang Putih mempunyai badan yang ramping seakan model, mukanya pula licin dan putih melepak. Tetapi Bawang Merah berbadan besar dan selalu diejek oleh Bawang Putih.

Bawang Merah tiada tempat untuk mengadu kerana ibunya telah melanjutkan pelajaran di Universiti India dalam tarian klasik India, untuk mendapat ijazah. Emak tirinya pula seorang yang kejam kerana memaksanya makan 15 kali sehari, sehingga dia menjadi sangat gemuk agar pemuda di kampung itu tidak meminati Bawang Merah. Jadi, hanya kepada ayahnya saja tempat meluahkan perasaan sedihnya itu.

Suatu hari, tanpa diduga ayahnya telah meninggal dunia kerana telah terjatuh di dalam lubang najis semasa sedang qadha’ hajat. Maka menangislah Bawang Merah sehingga kering air matanya dan terpaksa gunakan ‘eye mo moist’ yang dibeli di Jusco sebagai pengganti air matanya.

Setelah ayahnya meninggal dunia, dia sekali lagi terkejut mendengar perkhabaran yang mengatakan ibunya telah tersangkut dengan mamat bangla dan melangsungkan perkahwinan. Lalu dia menangis mengikuti rentak lagu pop rock.

Ada seorang raja yang memerintah negeri itu yang bernama Kacang Buncis. Raja itu mempunyai seorang putera yang amat kacak lagi gagah perkasa mengalahkan bintang WWF iaitu The Rock. The Rock sudah lama membujang dan akhirnya mengambil keputusan untuk mencari calon isterinya. Maka baginda telah mengadakan satu pertandingan iaitu pertandingan memasak. Baginda memerlukan seseorang yang pandai memasak agar baginda dapat mengemukkan dirinya.

Syarat pertandingan itu adalah sesiapa yang mempunyai nama yang pelik sahaja akan layak untuk menyertai pertandingan itu. Bergembiralah Bawang Putih dan Bawang Merah setelah mendengar pengumuman daripada wakil raja yang tidak kurang kacakanya seperti Phua Chu Kang. Hnaya mereka berdua sahaja yang mempunyai nama yang pelik. Jadi sebelum pertandingan itu bermula, Bawang Putih telah meminta ibunya mengajar cara-cara memasak. Bawang Merah pula dimarahi kerana ingin turut serta belajar memasak.

Bawang Merah berasa sangat sedih tetapi tetap dengan pendiriannya untuk menyertai pertandingan itu.
Hari pertandingan itu bermula. Bawang Putih memasak pelbagai lauk yang diajar oleh ibunya. Bawang Merah pula tergamam dan masih berfikir resepi masakan yang hendak dimasaknya. Tiba-tiba dia teringatkan nama ahli keluarganya lalu memasak segala bahan yang telah disediakan. Maka jadilah satu lauk yang pedas dan mempunyai tempe didalamnya.

Pertandingan sudah berakhir. Anak raja itu mencuba semua masakan dan tertarik dengan masakan yang dimasak oleh Bawang Merah, lalu baginda bertanya apakah nama lauk yang dimasak itu. Bawang Merah tergamam dan secara tidak sengaja menamakan lauk itu ‘sambal goreng tempe’. Maka tercatatlah dalam sejarah permulaan bagi ‘sambal goreng tempe’ dan kini masakan itu menjadi kegilaan orang ramai.

Tidak lama kemudian. The Rock berkahwin dengan Bawang Merah. Ketika itu, Bawang Merah sudah menjadi kurus setelah mengikuti kursus Maria France Bodyline hasil cadangan daripada putera raja itu.
Kini mereka hidup bahagia hingga ke anak cucu. Pada masa itu, mereka dikurniakan 35 orang anak dan 20 orang cucu. Mereka mempunyai kembar 2, kembar 3 dan kembar 4. Suasana di istana sangat meriah seolah-olah mengadakan kenduri-kendara.

Bawang Putih pula menjadi gila dan badannya seperti tong drum kerana asyik makan ‘sambal goreng tempe’ akibat terlalu benggang dengan lauk itu. Bawang Putih tidak bertemu dengan jodohnya dan kini hidup sebatang kara, ibunya telah meninggal dunia kerana terkejut melihat badan anaknya yang semakin membesar. Itu semua angkara ‘sambal goreng tempe’.. Keh..keh..keh…


Sekian terima kasih sebab baca..
o_0

Wednesday, February 2, 2011

BBQ !!!!


erkkkk... 31.1 .. ari bidan terjun.. ehemm bukan bidan bersalin yeaaaa??
Perancangan yg di buat mmg mcm air terjun,, bdk2 jengka plans nak buat BBQ kat umah TINOT..
Dianggotai oleh Mimi and frenz,tinot,mar and dinosaur yg chumell...
tpi frenz mimi dan mar x jadi..
Then ak ajak seorang makcik yg bibir seksi..
 mlm2 buta ngan resepi yang main hentam,,,
ak peram ayam,,
mmg disaster betul ak buat ayam tuh,,,
main hentam je,, aku letak suka ati,, x sukat.. lantak ar klu termasin ke masam,, 
saya x bersalah,, saya x tahu,, aahahaha....



ouh,, hujan lak pagi2,, mcm mana nk BBQ nih..??
Nenek bibir seksi nih tetiba lak x nak join.. 
hushhhhhh,, penat gak nak memujuk dia..
Plan mmg serabut,,
da lah pergi ngan GPS yang konfius kiri dan kanan(Mujur baik aku x terbabas)
Sampai dalam tgh hari,, 
Pembakar BBQ tuh mcm nak runtuh je...?? x pe,, TINOT da usahakan yg terbaik..

Contingency plan,, Zet sou buat BBQ ala kuno,, ahahaha..
g beli barang2.. nz da siap sedia ber BBQ di tepi sungai..
ehemmm,, ligther pulak x da.. hehehehe..
g lah pinjam kat budak2 lelaki yang port khemah dekat ngan kami..
ahahaha,, semua bdk2 belaka.. chumell.. teringat member bdk2 sekolah..
alamak lupa lak nk amik gamba diowg,,(ehh,, x boleh,, gamba diowg porno sikit)
apa lagi tenaga di kerah...



Cik Izzati mulakan mukadimah BBQ..




mimi:"Bila lah nak bsar api nih"
tina:"aishh,, perut lapar nih, da bunyi macam kompang"
huhuhuhuhu


tukang kipasnya cik dinosaur..
kena marah ngan cik izzati,,
"hah,keje ko kipas je,,kipaslah"
hehehe


yeaaaa,, api da marak,, da bole masak..
yeeaaa,, makan3,, lapar!!!


cik izzati posing maut,, mujur x tergolek dog..
cik mimi dibelakang basuh ikan..
hati2,, jgn sampai ikan tuh brenang balik...
hehehehe


yeaaa,, da nak letak atas bara api da...
cik izzati letakkan ayam,,
bau peraman tuh sedap..
hohohohohohohohoho..
aku bkn lah disaster cooker rupanya,,
bole ar buat agy pasni..
hahahahaha
dipuji setelah kena marah..  =)
hehehehehe


perghhhh,, bau dia da mengoda bdk2 lelaki sebelah sana..
yang tukang kipas nih pun kipas lah cepat2..
cepat2,, masak cepat,, nak makan..
tgh menunggu ayam masak..
tetiba dtg sorang mamat,,
ngan muka serius,,
ala bajet x encem (bapak orang)
" nih anak staff ye, sorry.. X boleh buat pembakaran terbuka.Mintak kerjasama ye"..
huhhhhhhhhh..
sengal giler..
da bakar kot..
da nak separuh masak..
da r penat nak jadikan bara api,,
yea r,, nak jadikan bara api tuh ala kuno punya style..
klu ada peluru BBQ tuh senang ar nak marakkan api..
da benggong pala pikir..
kami pun pindah..
angkut barang3..
arghhhhh tensenn tol..
bara api tuh, kami x kan tinggalkan..
kitaorg g cari pasu bunga kat taska Tina,,
hahahaha..
aku lupa nak snap gambar cik izzati melompat tembok..
sebab nak amik pasu
da style mencuri..
ahahahahahaha..
sgt kelakar...
cik mimi ditinggalkn menjaga bara api.
hehehehe,, mimi kena ngorat ngan mamat2 kecik kat situ..
"kak ada num telefon??"
ahahahahaha..(mati lah aku buat statement nih)



segala barang2 dipungah..
arghh.. pindah pun pindah ar..
tapi aku nak masak gak..
BBQ kena jadi jugak..
haishhh.. kcu tol pakcik x encem tuh,,


cik TINOT sedang membantu..
kami buat BBQ di taman permainan taska..
TINOt nih pernah jadi cikgu disini..
dia dibuli oleh budak2 disitu..
bkn salah budak2 tuh..
coz dia pun da mcm budak2 yang chumell disitu jugak ..
hehehehe..


yeaaaa,,, zet.. kipas2..
baik punya kankang..
kipas2..
go zet..
chaiyokk...
ahahahaha



dan akhirnya...
kami pun makn bbq..
jumlahnya 9 ketul ayam.. dan 2 ekor ikan..
DIMAKAN oleh 4 org yg kelaparan,,,
hehehehe..
ouh yaaaa..
kami ada gak bagi sikit ayam kat bdk2 kecik tuh..
nz
seekor kucing telah MENCURI 1 ekor ikan kami..
kuang acam nya kucing...

kemudian kami pun tangkap gambar..
juz have some fun.. di taman permainan..
hehehehe..
mcm bdk kecik da..


then g tangkap gambar di air terjun..
but b4 that kat pondok2 dulu..
terjumpa pakcik yang menyibuk tadi..
huhuhuhu..
kena kutuk ngan tina..
hehehe
jgn main2.. jgn cari pasal ngan tina,,
nahas ko!



  huhuhu besh2.. air cejuk?? x ada r.. ari isnin tuh x ujan.. nyesal x bawak bju ..
klu x bole mandi..
x pe next tyme aku dtg..
ak mandi..
hehehehe
tgh seronok tgkp gamba... 
TETIBA..
dikejutkan oleh jeritan MIMI...
arghhhhhhh...
LINTAH!!!!!!
geli3....!!


cian mimi,, kaki dia berdarah..
ak pun jenuh lah cabut lintah tuh..
x mahu lak tercabut..
naseb ada lighter..
ouh yaaa.. klu lintah..
nak cabutkan..
guna api dan garam..
konferm dia lepaskan gigitannya..
mimi mcm fobia ..
cian dia...
then kami pun blah dari situ..yang paling laju keluar dari situ..
ofkozz mimi dulu..


then nak dijadikan cerita.. tyme naek keta nak g pusing2 FRIM..
ada kucing buat MOGOK kat tgh jalan...
sengalnya kucing..
aku hon ,,dia x berambus..
dia kejar keta ak..
aku reverse.. tgk2 x ada..
arghh sudah konferm masuk bawah keta..
ada yg tergelek kena tayar keta kang..
sekali aku tgk kucing tuh..
dia buat aksi nih..
aishhhhhh,,, marah tol..


kuang ajo punya kucing.. 
then siap main kejar2 ngan ak..
masuk bawah keta..
naseb baek ada pertolongan bdk2 kecik..
thanx ya adik2..
huhuhuhu..
then g tangkap gambar kat taman ulat nz di rumah replika..

ermm.. aksi zet nih sgt MERAGUKAN..
ko apahal time nih..??
ntah lah... aku letak je..
aku x ingt kenapa ko buat mcm nih..












 kemudian... kami pun jalan2 sambil makan aiskerim...
besh..
setelah habis menjelajah..
tina di hantar pulang,,
dan mimi di hantar ke KTM Kepong..
kami berdua pulang bersam GPS yang salah arah..
ahahahahaha
lain kali kita buat agy..
yaaaa..
yang pasti akan lebih ramai nz lebih meriah agy,,,,,




The End......
=)