Pages

Monday, September 26, 2011

Rungut

"Hurm,bosan nya duduk kat dalam kampus nih. Kan seronok kalau aku ada kereta. Boleh kuar pergi jalan-jalan.Tak perlu lah susah payah nak sewa kereta. Kopak je sewa kereta. Da lah mahal, dapat kereta macam tongkang pecah!"rungut benak hati ku.

"Hari ini nak pergi photostate nota law. Hishh, macam mana nak kuar ni? Aku tak nak naik van pergi bandar, penat lah nanti. Aku nak pinjam motor Mia lah." aku berkata sendirian.

Dalam perjalanan, aku berdoa agar tak hujan. Tengahari yang mendung. Kalau hujan, alamtnya basah kuyup lah aku. Hurm, alangkah bagusnya kalau aku ada kereta. Tak perlu pinjam motor Mia dan kalau hari nak hujan pun aku tak risau.

Sedang aku merungut, ada sebuah motor yang ingin keluar simpang tetapi dengan perlahan. Aku juga memperlahankan motor untuk memberi ruang kepada sang motor itu juga. "Eh, apa yang pakcik tu pegang?'' hati ku berkata.


Aku mengekori pakcik itu dan kelihatannya basikal itu seperti rosak. Mungkin pakcik tu ingin hantar membaiki di kedai basikal. Aku mengekori dengan jarak dekat dan tekaan aku salah. Basikal itu masih lagi baru kerana ada plastik yang melilit di badan basikal itu. Sememangnya basikal baru yang berwarna hitam.

Pakcik ini pasti membelikan hadiah untuk anak tersayang nya. Mungkin kerana dia tiada kereta, dia membawa basikal itu sebegitu rupa. Aku mengeluarkan handset dan tangkap gambar pakcik ini.

Bodohnya aku kerana merungut tentang sesuatu, aku tak bersyukur dengan apa yang ada. Sedangkan pakcik itu mengunakan motor sebagai kenderaan utama untuk membawa apa sahaja.

*********************************************************************************
sekian......

Saturday, September 24, 2011

Don't tell my mom # part 3

Hai, sementara internet aku nih x bertukar jadi hijau, aku nak cerita don't tell mymom part 3.. Aku ke gunung ledang bersama-sama kawan-kawan Jengka.. Dari Jengka ke Gunung Ledang, aku bawak kerata kancil manual... Memang nak tercabut skru2 kaki aku, pinggang aku da kalah nenek kebayang punya bongkok.. Haish.. Penat betul.. Sebenarnya, aku balik rumah kawan aku di Muadzam.. Dah nak sampai ke sempadan Johor.. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. Memang plan aku nak  pergi mandi kat air terjun Gunung Ledang.. Sebab aku dalam sangat nak mandi air sungai.. Sejuk... Hehehe.. 

Memang lah kan family aku x tahu, pasal g sini.. Aku dapat kereta kancil yang .... Abang tu janji nak bagi kereta elok.. Dia bagi kereta kancil yang kuat makan air.. Bayangkan aku baru ambil kereta tu, x samapi 10 minit... Kereta tuh da berasap.. Dia jadi macam tuh sebab guna air-cond.. JAdi dari Jengka sampailah Muadzam x ada air-cond.. Sumpah aku x nak g kat abg tuh.. Memang kena 3-4 tempek,aku sound dia..
Walaupun banyak cobaan yang mendatang sepanjang pergi dan balik.. Kami selamat sampai..  Nih gambar2 untuk korang tengok.. Aku nak bagi korang jealous sebenarnya.. Hehehehe..





Kitaorang x naik sampai atas sebab semua da kepenatan, yang tinggal dalam fikiran nak mandi je.. Jadi kami pilih tempat yang x berapa ramai sangat.. Kat atas sikit dari tempat family-family .. Apalagi,, kami pun terjun je lah.. 


Cik Syamimi minum air kejap.. Penat sangat dia.. Kesian dia.. 


Ini budak yang kelemasan sebab berat sangat..



Lina lapar sangat.. Gambar jadi macam ni, sebab kat kamera aku ada air .. Part hujung kamera, sebab tuh gambar bawah blur.. Effect air kat kamera..



Memang gaya komander laut nak menyelam..


Baik punya gambar.. Besar lagi mulut tu... hehehe

 


Promote Aleesya.. bagus untuk muka.. Halal dan suci..


 



Nih buat ala2 iklan basuh muka.. Hehehehe..


Eh, ada apa tu.. Tunjuk sesuatu..

Rupa-rupanya ada ikan dalam sungai ni.. Ok aku sangat jakun.. Hahaha.. memang lah ada, tapi aku x sangka banyak.. Sebab biasa orang mandi, ikan tuh tinggal sikit je sebab air da tercemar.. Tapi kat situ, air masih lagi cantik dan bersih.. Apalagi, tangkap ikan guna baju lah.. Umpan pakai keropok.. Hehehehe..


Adalah dalam 4 ekor kitaorang tangkap.. Hehehehe Aku tangkap, tapi dapat paling kecil punya..
Rasa macam nak makan je ikan tu, tapi sebab kecil sangat.. Jadi lepaskan semula...





Ni lah ikan yang aku tangkap.. Bye2 ikan.. Ko besar ngan cepat, nanti aku datang tangkap ko... Aku buat ikan bakar.. Perghh.......

Selesai je mandi, kitaorang tukar baju... Dan tetiba ramai pulak yang datang.. Mujur da habis mandi.. Itu pun  x nak naik lagi.. Sebab x puas mandi lah.. Kengkawan aku da berapa kali suruh naik .. Aku pun naik lah.. Rupa-rupanya ada hikmah.. Mengelakkan trafik jam di air sungai.. hehehe.. Nih gambar da nak balik..





Aku x sangka handset kamare aku bole buat effect macam ni.. Gila lah.. Sebab tuh aku sayng handset ni.. Yalah hadiah PMR kot.. My abah abah bagi.. Tima kasih abah..

Ada juga yang buka khemah, ni kat bahagian family dan budak2 kecil..


Aku main tangkap gambar je masa tengah turun.. So, aku tangkap2... Tertangahkap budak yang tengah naked.. Hehehehe.. Bila aku tengok gambar semula baru perasan gambar ni..


Jadi teruskan perjalanan ke rumah kawan aku ke Muadzam.. Sampai umah dalam pukul 4 petang dari Gunung Ledang..  Kat rumah dia, Mak dia tanam sayur-sayur.. Wahhh,, best lah.. Ada sayur kobis,nenas,cili,bawang dan lain2 lagi..




Ni kobis tau...
AKu tak tahu lah handpon aku bole buat effect yang berbeza.. Handset biasa kot.. K530i.. Sony.. Maby sebab dia x nak aku guna handset baru.. Tuh yang dia pandai buat effect kot..

Pokok cili...

Kami teruskan perjalanan, bertolak dalam pukul 6 petang.. Perjalanan yang mencabar.. Hujan dengan air-cond tak berfungsi.. Wiper x elok sangat.. Alhamdulilah, walaupun ada berhenti sekejap dalam 2-3 kali.. Selamat sampai di Kampus Khazanah Alam pukul 10.30 malam.. Sekian................

Makanan oh makanan PAHANG !!!!!

Hai.. da lama x tulis blog.. al maklum lah.. aku nih kurang rajin sikit nak buka laptop.. klu buka pun aku x guna internet sangat.. Jangan marah yea kawan2.. Hari nih aku akan tulis semua yang aku kmupul untuk ditulis.. Mula-mula sekali.. Disesbabkan mood raya lagi..(tapi aku da x ada mood, sebab aku da final exam).. Ini kisah tentang makanan pahang.. Haaaaaaa, aku kan belajar di Pahang. Mesti lah nak tunjuk korang makanan Pahang... Nama makanan nih SAMBAL HITAM... Pergh aku da meleleh air liur ni... Korang mesti nak tahu kan ??

Oklah, sambal hitam ni makanan tradisional orang Pahang.. X semua yang tahu tentang makanan ini.. Ramuan utama nya adalah belimbing buluh(yang kecil) direbus sehingga 3-4 jam hingga warnanya bertukar menjadi hitam.. Bukan nya biar hangus ke atau apa.. Rebus mana ada hangus da... Nanti dia jadi macam mendapan.. So, yang belimbing tu kita ambil.. Air dia kita buang sebab banyak asid.. Kalau orang Pahang nak rebus, mereka akan rebus dalam tin minyak tanah yang besar. Kalau guna periuk, asid tuh boleh menghakis periuk dan menyebabkan berlubang lah periuk mak korang.. Jangan dibuat tau.. Kang jenuh nak dengar jeritan tarzan mak korang.. Hehehehe..

Ala makana ni macam sambal biasa je, ada cili, letak bawang, pastu ikan bilis.. Macam biasa, cuma yang membezakan belimbing hitam tu dan guna cili padi.. Biasa kan guna cili merah.. Mesti korang ingat.. "Gila ke guna cili padi nak buat masak sambal."... Ouh, tiada yang mustahil.. Anda berani nak makan?? Hehehe.. Oklah.. Keluarga aku ni kan orang Negeri Sembilan, jadi makanan yang pedas ni da sebati dalam diri kami...

Aku nak tunjuk bahan2 dan cara2 nak masak ni..



Inilah rupanya belimbing hitam yang aku cerita tadi.. Belimbing nih sangat lah masam.. 
Sebab tuh guna cili padi, nak balance masam dan pedas.. 
 Mungkin korang tengok macam apa je..
Tapi kalau da masak, memang sodap.. Menjilat jari kawan sebelah..

 

Cili padi dalam 3 genggam pun da ok.. Tapi disebabkan family aku nih gila pedas, Bayangkan plastik merah yang penuh tu, aku amik tinggal sikit je.. Diorang boleh cakap x pedas, aku tambah lagi cili sampai licin lah plastik tu.. Diorang boleh cakap " Rasalah pedas sikit dari tadi tu yang macam tawar je"
Cis, berani kutuk masakan aku.. 


Ni bahan yang ketiga, bawang merah dan ikan bilis.. Bawang merah tuh bahagi 2, sebab satu untuk gorang dan satu lagi tuh untuk blender..


Sebelum mula, aku nak bagi tahu.. Aku x reti guna bahasa masakan(camca,hiris,dadu).. Yang aku tahu, aku potong je dan letak berapa banyak yang aku nak.. Barulah meletup........!

1) Ambil dalam 4 sudu belimbing hitam, cili padi dalam 5 genggam, bawang merah sikit.. Pastu korang blender sampai jadi lumat..
2) korang goreng ikan bilis sampai jadi ranggup@garing(x perlu angkat), pastu letak bawang.. Agak2 nak masak bawang merah tu, campurkan bahan yang da korang lumatkan tadi.. Akhir sekali, eh belum lagi... Korang jangan lupa letak garam.. Masak lah sehingga betul2 masak..


Akhir sekali, rasalah masakan korang tu sedap ke x..?
Kalau aku masak, mesti sedap punya.. Hehehehe..

Sekian.................