Pages

Wednesday, March 30, 2011

Berteleku...

Minggu lepas agak tertekan sebab masalah dengan subjek FAR(akaun)... Sangat3.. Then hari tu ada kuiz Costing.. Mmg salah sebab ayat dia sangat pening.. So, klu betul pun ... hurmmm nyawa2 ikan punya markah...

Aku sangat sedih kenapa aku tak boleh faham.. Klu aku da dapat fahamkan.. Ilmu tu hilang tetiba(lupa)..
Aku tengok markah test yang dulu dan kuiz.. Markah kuiz sangat ELOK... Tapi test x pula.. Sebab apa?? Adakah sebab aku punya jadual test ari tu padat dan kelam-kabut.. Hurmmm mungkin..

JUMAAT (8.30p.m-9.30pm) MACRO
SABTU (8.30a.m-9.45a.m) ACCOUNTING
              (2.30p.m-3.45.p.m) COSTING
AHAD (8.30a.m-9.45a.m) COMPUTER 

Mmg pack!!!!!!! Tapi aku da cover.. Bila nak buat je mcm blank sebab semua bertindih.. Kena fikir yang lain lagi... MAKIN MINGGU MAKIN MASUK BAB BARU.. DAN BAB YANG LAMA TU DA LAH X FAHAM.. DA MASUK BAB BARU... klu faham pun da buat latihan.. Bila jawab kuiz mcm terkontang-kanting nak jawab.. Tapi alhamdulilah, boleh jawab.. 

Then sehinggalah satu malam pukul 3 pagi..  Kenapa markah test aku teruk? Mcm mana nak fahamkan soalan ni? X ada formula yang senang lagi ke? Ayat buku nih berbelit-belit lah? Lama aku termenung dan berfikir..



Apa yang aku patut buat? mcm mana ni? Exam da nak dekat.. nak tanya kengkawan pun mereka x arif sangat pasal soalan2 ni.. hurmmmm... aku rasa geram sangat kenapa aku x bole faham ayat dan soalan nya.. Klu nak dikutkan x lah MEMBUNUH sgt soalan ni..Tapi...??  Hurmmm..




 Ya Allah, Kau Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Aku hamba mu yang lemah telah berusaha yang semampunya. Tapi apakan daya tiada kekuatan untuk ku memahami soalan ini. SESUNGGUHNYA AKU PERCAYA ADA HIKMAH NYA. Dari markah ku yang teruk dalam test lepas.Aku percaya bahwa kau ingin aku belajar dari kegagalan. ILMU aku dapat fahamkan, kau hilangkan seketika membuat aku celaru dan hilang minda.Kau lapangkan lah dadaku, tenangkan minda ku, terangkan hati dan mataku agar mudah untuk aku memahami apa yang aku pelajari.

Bisikkan lah kata-kata guru ditelinga ku agar aku tidak terlupa akan ilmu-ilmu yang guru ajari. Berikan lah aku kesempatan agar aku dapat mengembirakan hati-hati guruku dengan memberi markah yang baik. Jasa mereka tiada dapat ku balas selain mengembirakan mereka dengan markah yang cemerlang. Berkatilah ilmu yang ku perolehi dan redhai lah ilmu yang ku pelajari. Kau ingatkan lah aku akan kegagalan yang lalu dan tidak mengulanginya.. Bantulah dan permudahklan urusan aku.. Sesungguhnya janjimu benar, setiap apa yang diusahakan akan ada hasilnya .. AMIN..


Tuesday, March 22, 2011

SYIKIN NAK KAHWIN...?????

Bdk2 U aku sgt excited nak pergi kursus kahwin.. pada 2,3,4 April ni.. Mana tidaknya.. Murah baiii... RM50 je.. mau x nak g bdk2 ni.. Ya r kat luar skang kursus kahwin pun dah RM100++ ataupun RM200++ ... 

Antaranya persoalan yang ditanya... 

"Ko x nak g ke?" atau  "Aku nak ajak pakwe aku lah.." atau " Jom ar g ramai2.. murah lah." atau "Kalau amik sekarang nanti tak yah ambik lagi. Makin lama makin susah lah kursus kahwin. Nanti ada camp untuk sesiapa yang nak ambik kursus kahwin akan datang. Jom lah!"

hurm... saya x berminat nak ambil kursus kahwin.. Coz saya x tahu lagi nak kahwin bila?? Klu aku da GATAL sgt baru lah aku g kahwin.. eh3,, kursus kahwin dulu.. Pastuh baru bole kahwin.. yeahhh jom kahwin.. hahahaha.. plez lah.. saya x menjurus ke arah mencari pasangan hidup lagi.. Maby kemudian3 lah..
So, rakan2 yang dikenali.. Bilakah saya kahwin.. huhuhu.. Soalan cepumas nih.. AKU TUINGGU KORANG DULU KAHWIN!!!!! da puas aku melantak nasi minyak orang.. baru aku buat nasi minyak sendiri.. Nasi minyak masak sendiri LAH.. X yah tunggu nak kahwin baru nak merasa.. ok bubye...

pegembaraan sebelum ke langkawi.....

20.2.2011: Bapa yang ensem lagi howt menelefon anaknya yang kiut dan chantekk di Jengka..
ABAH:"Kak, nak ikut pergi Langkawi ke? Naik KAPAL TERBANG!!! Nak tak? Klu nak abah tempah tiket untuk kau sekali".
DINO:"Hah?? Banyak duit mau naik KAPAL TERBANG?? Bila, klu free eden ikut lah.
ABAH:" Family day lah, nak tak? Pergi 18.3.2011."
DINO:"Boleh kot, ada test bln 2.. Bln 3 free kot.." Eden ikut."

Yahoooooo.. pergi bersukaria.. tgk jadual mcm x ada apa2 pun time tuh.. Aku pun tanya lah lecturer ada presentation tak pada tarikh tu ataupun kuiz.. TETIBA Pensyarah Haji Nik Ismail membuat pengumuman ada presentation yang perlu di buat pada minggu tu.. OUH TIDAK!! then negotiate ngan Papa NIK .. ok settle.. Next week nya aku buat presentation.. DAN TETIBA KEMBALI..

8.3.20011
Cik Zu: "Ok klas, 18.3 ada kuiz 3 pukul 3 ptg" No excuse dan jangan nak balik pada minggu tu"
Dino: "Erm saya x bole nak amik kuiz. Saya pergi bercuti dengan family ke Langkawi" Bole x saya amik awal kuiz 3?".
Cik Zu:"No. Its up to you, tak boleh ambil kuiz awal dari tarikh tu. Saya tahu hari yang kuiz tu hari Jumaat, ramai yang nak balik lah apalah. Tak boleh".
Dino:(Matilah aku) Ala, hurmmm..(hampa dan berlalu pergi).

Dalam kegembiraan tu, aku jadi kalut sgt.. haihhhh,,mula2 ingtkan total kuiz ada 5% je dari total carried mark.. Tapi bila tgk study plan semula..
TEST 1+ 10%
TEST 2-10%
QUIZ   -10%

aiyoooooooo.. byk tuh klu 5% .. aku mmg x hairan lah.. mcm mana nak pujuk nih?? hurm,, burn ar jawabnya.. da r mrkat TEST 1 agak teruk.. hurmmmmmmm.. BURN QUIZ OR FLIGHT TICKET??????

17.3.2011
Mood Cik Zu agak elok,, so boleh lah aku ayat2 dia.. Hope bole ambil kuiz nanti.. Time klass bincang jawapan untuk latihan yang diberikan.. Mmg aku banyak kali bagi jawapan salah.. Mostnya aku bagi nombor yang terbalik(328,382).. Dan banyak kali dia kena tulis dan padam semula.. hahahahaha..
Dino: "Total Profit before tax 173268 milion. Eh silap, 173286 milion.."
Cik Zu:" Eeee, Syikin ni bagi nombor salah. Tak nak dengar cakap Syikin lagi. X bole dipercayai. Saya kira sendiri.(KIRAAN DIBUAT). Betul tak klass?".
Kelas: "Eh terbalik nombor tu Cik Zu".
Dino: "Hahahahahahahaha" (Alamak terlepas gelak kan pensyarah).
Cik Zu: "At least saya kira sendiri, ni kamu kira kalkulator pun bagi amount terbalik jugak".
Dino: (X bole tahan) Hahahahahahahahaha.

Aishhhhh.. aku x tau napa aku boleh gelakkan lecturer aku..Cik Zu x garang tapi tegas,, so nak gurau ngan dia pun takut.. Then kengkawan aku sou g tanya je boleh x nak ambil kuiz nnti.. Then dgn peristiwa mengelakkan dia tadi.. Aku harap Cik Zu x marah.. Finanlly YES,, boleh ambil next week... Huhuhuhu.. nasib baik mood dia ok dan x marah sebab aku gelakkan tadi.. Bkn nya gelak perlahan.. Mmg aku gelak habis tadi... THANX CIK ZU !!!!!!! =)


22/3/2011
hurmmm.. aku kembali melakukan aktiviti harian.. pergi ke kuliah .. aku bagi hadiah kat Papa Nik nz Cik Zu.. yang chumell nya Papa terus pakai baju I <3 LANGKAWI.. nak update gambar tapi x mampu sebab.. Handphone aku 'kerro' sikit.. sorry yeaaaa..

Thursday, March 17, 2011

Emulsifer 471 (E471) Halal or Not?

Sejak kebelakangan ini kita sering didatangi e-mail yg mendakwa E471 adalah lemak babi yang secara mutlaknya, haram di sisi Islam.
Namun baru-baru ini, timbul pula persoalan, mengapa terdapat produk buatan Malaysia yang mendapat pensijilan Halal Jakim menunjukkan di “ingridient” nya E471. Sbg contoh: Ais Krim WALLS, Twiesties, Kopi Aik Cheong dan sebagainya.

Persoalannya, adakah Jakim terlepas pandang?

Maka ramailah pengguna Islam yg perihatin melemparkan persoalan ini, termasuk kepada saya.
Jadi, di sini saya ingin berkongsi penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Walls Malaysia, yang bagi saya dapat meleraikan keraguan kita.
Kesimpulan yang dapat saya buat:
E471 boleh diabstrak daripada binatang dan daripada tumbuhan.

Bermakna, E471 yang telah mendapatkan pensijilan halal Jakim tidaklah lagi perlu diragui halalnya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang. Sekiranya TIDAK, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa E471 itu adalah berasaskan tumbuhan.

E471memang boleh diekstrak dari tumbuhan dan haiwan. Kalau haiwan tuh diketahui dari sumber halal, boleh makan. Biasanya E471 yang tumbuhan ditulis (Soyalecitihin(E471)). Maksuddnya sumber dari soya.
Sama juga gelatin, boleh dimakan kalau sumbernya adalah halal. (iaitu haiwan yg org islam boleh makan dan disembelih mengikut syarak)..

Sememangnya dalam isu ini, pihak JAKIM perlu memainkan peranan yang maha penting. Bukan sekadar mendapat penjelasan daripada pihak pengeluar, tetapi melaksanakan sendiri kajian ke atas semua barangan yang berkod E471 ini. Kajian secara teliti adalah perlu menerusi 3 atau 4 pihak lain. Kajian secara melepaskan batuk di tangga bukan untuk era sekarang.

Dulu kita telah digembirakan dengan penciptaan mesin pengimbasan untuk mengetahui makanan itu halal atau tidak. Mengapa tidak diapplikasikan penggunaannya untuk kesejahteraan umat Islam.
Tidak perlulah lagi kita beretorik dengan ucapan “darurat” atau kalau was-was jangan guna.

Kita sebagai pengguna Islam yang waras dan dewasa boleh mengelakkannya, tetapi bagaimana dengan anak-anak kita di sekolah, di luar dan yang masih terumbang-ambing itu.
Apakah kita mahu melihat generasi yang hanya Islam luarannya, tetapi dalamannya penuh dengan ke”kotor’an yang dibuat oleh orang Islam sendiri? Waulahualam, tepuk dada tanya iman.

Wallahu a’lam.


DI AMBIL DARI : http://produkhalal.wordpress.com/2008/06/20/emulsifer-471-e471-halal-or-not/