Pages

Sunday, March 18, 2012

Hijab

Salam semua.. Sepatutnya time nih aku study dan bergelumang dengan nota2 dari sem 1.. Kenapa?? Sebab subjek yang aku akan ambil peperiksaan ini ada lah gabungan dari sem 1 sampai lah sem 5 untuk subjek akaun,costing,tax,audit.. Arghh.. Mana nak cekau nota last2 minit ni?? Soalan tu unexpected.. Di ulang UNEXPECTED.. Ko ingat ke apa yang kau belajar selama 3 tahun untuk peringkat universiti? Kalau peringkat menegah tu, aku boleh faham.. Ini univeriti, setiap final exam dalam satu sem adalah UPSR,PMR dan SPM.. Ya, itu yang aku describe bila nak exam.. Huh, rasa kecewa kertass taxation masih berbaki di otak,hati dan mata aku.. Perit dan pedih,berhempas-pulas,bersengkang-mata.. Tiba-tiba soalan itu berubah sedikit.. Aku tidak persalah kan guru yang mengajar aku, cuma aku salah kan mengapa tidak pernah keluar bentuk soalan sebegini sem2 yang lalu. Aku tidak pernah buat soalan yang akan jadi begini.. Huh, sudah lah. barang yang di kenang jangan dilepas. Ya, jangan dikenang, tapi apakan daya. Aku manusia biasa yang selalu memikirkan masa depan aku. Ini yang terakhir untuk peringkat diploma aku.
***************************************************************************

Berbalik pada tajuk di atas. Hijab. Ouh ya, kepada sahabat saya NURHIDAYU BINTI ZIRMAN. Congrats sayang, anda berhijab. Saya da buang gambar yang open aurat kamu, ataupun ada yang saya "hide-only me".

Sepanjang aku di universiti, aku berhijab. Dan diluar sana,aku buka hijab ku(pasti ada yang sinis tentang perilaku aku ini). Kenapa? Secara jujurnya aku memang tidak berhijab, mungkin cara dari sekolah menengah yang aku terbawa-bawa. Jika kita lihat budak sekolah menengah ataupun rendah. Disekolah bertudung, tapi apabila keluar tidak bertudung. Sebahagian dari mereka, bukan semua. 

Sepanjang di universiti, adakalanya rakan-rakan menegur dari sudut lembut dan kurang lembut. Hanya senyum yang mampu aku lontar dan kata-kata yang biadap aku luahkan. Kenapa? Kerana aku kadangkala tertawa dengan diri aku sendiri dan juga mereka-mereka. Benar, menutup aurat itu perintah Allah.  WAJIB bagi seorang perempuan ISLAM yang telah akil baghlil. Adakalanya ingin aku lontarkan kata-kata pada mereka. Aku tidak berani untuk bercakap, aku hanya mampu berkata-kata pada hati. 

*******************************************************************
RAKAN 1: Mana tudung kau ni? 
AKU: ............
RAKAN 1: Tudung mana?(diulang semula)
AKU: (senyum) Tak ada. Aku memang tak pakai tudung kalau di luar. Kenapa?
RAKAN 1: Apa nak jadi ni? Tahu tak, tutup aurat tu wajib. Berdosa tau.
AKU: Dosa aku. Bukan kau, yang masuk kubur jawab aku. Bukan kau.(sengaja menjadi biadap)
RAKAN 1: Kalau kau buat parking lot kubur sebelah aku. Sengsara tau nak dengar.
********************************************************************

Berapa kali aku ditanya soalan sebegini, aku boleh hitung. Barangkali lebih dari 10 kali sepanjang 3 tahun ini.
Hurm, aku tidak mahu hurai tentang jawapan yang kita semua tahu. Jika ditanya anak kecil pun, dia boleh jawab. Ianya wajib. Sudah terang lagi bersuluh. Banyak yang aku nak katakan. Pasti  ramai yang jelik dengan aku, bangga tidak memakai hijab? Perempuan bodoh! Ya, aku perempuan yang bodoh,manusia biasa. Aku tidak kaya dengan agama. Aku akui, sebab aku bukan dilahirkan dalam keluarga yang warak. Aku tidak mempertikaikan tentang keluarga aku. Kerana iman sesorang itu bergantung pada diri-sendiri bukan ibu-bapanya. Kalau anak Imam itu pun belum tentu dia warak. Kerana yang kaya dengan iman itu ayahnya, bukan anakya. Iman bukan lah harta yang boleh di perturunkan.
********************************************************************

Aku dikelilingi hampir semuanya perempuan yang berhijab Dan aku melihat satu-persatu perangai yang adakala aku jelik memandang, aku ketawa dalam hati(kadangkala aku gelak je depan2), aku sedih melihatnya, dan adakala aku terasa seperti ingin meneranjang dan menyepak. Entah lah, terlalu banyak untuk aku ungkapkan. Moga dibuka pintu hati aku untuk berhijab. Amin. Dalam sem ini, kampus aku dikunjungi oleh seorang profesor Bahasa, aku pun tak ingat sangat. Ayat pertama yang sepatutnya keluar adalah dengan memperknalkan diri. Tapi tidak. Dia mengambil mikrofon dan terus bertanya kepada seorang perempuan. 

Professor: Kenapa kita bertudung? Kenapa kena pakai tudung? Apa function tudung ini? Yang dipanggil hijab? Adakah kerana kena tutup aurat ataupun sebab memakai tudung ini menjadi ikutan? Atau sebab You  lahir dalam keluarga islam dan semua ahli family you pakai tudung? 
Students: (Bising) Apa dia ni? Sesat ke apa? Kita pakai tudung sebab ianya aurat. Da tertulis dalam al-Quran. Tutuplah aurat(kecuali muka dan tapak tangan) dari orang yang bukan muhrim. (Masih bising sesama sendiri dan berbisik macam .....)
Professor: Oh,wajib? Suruhan tuhan? Habis tu, kenapa yang meniru dalam exam. Yang kena tangkap kebanyakan perempuan yang berhijab. Yang minah Arab pun ada kena tangkap meniru dalam exam.
Student: (Bising dan berbisik lagi, tiada yang berani melawan)
Professor: Ha, you yang kat sana. Kenapa tak pakai tudung? Bangun, jawab soalan saya. Bagi dia mic.
Student: (Suasana tegang dan kecoh)
Student perempuan: (Dengan muka yang cuak dan penuh tanda tanya) Erm, sebab saya tak bersedia. Lebih kurang macam tuh lah.
Professor: Ok good, sebab tak bersedia. Dia tak ikut orang yang pakai tudung sebab dia tak bersedia lagi nak berhijab. Bagus, berfikir diluar kotak. Dia tak ikut apa yang yang orang buat sebab dia tak faham apa,mengapa sebabnya.

Hati aku berkata, dia ni nak menunjukkan sesuatu pada kita. Dalam masa yang sama, ada seorang rakan aku cakap "Dia ni merepeklah, tak suka dia ni". Aku potong dan cakap "Aku suka dia". Bukan kerana dia menegakkan tentang sebab pakai tudung tapi dari segi caranya membuat kita berfikir.

Sudut 1: Dia ni sesat nak suruh orang tak pakai tudung. tapi dia pun berhijab juga.
Sudut 2: Tak khatam agama kot. Nak pertikai suruhan Allah?
Sudut 3: Blank
Sudut 4: Dia menyuruh kita berfikir dan apa yang dia cakap ada maksudnya.

Pada pendapat aku, dia menyuruh kita berfikir mengapa kena pakai tudung? Wajib? Ikutan? Rela paksa? Ikhlas? Bertudung tapi akhlak buruk? Tak bertudung tapi aklak baik? itu yang dia nak kita fikir sebenarnya. Dan seperti biasa kita bangsa melayu yang punyai tanggapan prejudis dan come to the conclusion dia ni merepek. That's it. Cukuplah ini yang aku nak katankan. Walaupun benak hati aku ingin berkata lagi. Aku meminati Fynn Jamal. Barangkali korang tak kenal. Dia bukan penyanyi,dia pencerita jalanan kehidupan. Seorang yang puitis. Aku tak tahu yang dia ada blog, dan aku baru sahaja tahu tentang blog dia. Aku tak kisah kalau korang tak faham apa yang dia sampaikan kerana itu cerita yang dia describe. Pandangan nya yang kaya dengan bahasa cuma kadang-kala kita tak pernah terfikir. Ayat macam nih dia boleh sampaikan kat orang? Tentang hijab, aku sependapat dengan dia. Tuhan, jangan jadikan hati aku keras. Jelik dengan manusia disekeliling aku yang menyebabkan kadangkala aku benci diri sendiri,aku benci bangsa aku,aku rasa jelik dengan perangai mereka. Lindungi aku dan akhlakku. Tetapkan jalan ku agar ianya lurus dan menuju ke arah MU. This is her entry, for those yang klik. Aku nasihatkan korang baca sampai habis. Kalau tak faham, terpulanglah pada korang sendiri. Kan ada pendapat masing2. Banyak udang banyak garamnya, banyak manusia banyak ragamnya.  FYNNJAMAL  .. Salam pada kamu semua..

*********************************************************************

Sunday, March 11, 2012

*************** feeling empty**********************

1) becoz it's my final exam, and 3 sem jatuh bergolek2 cgpa.. Buat kan final nih rasa sangat2 takut.. Luckily, cik paen nasihatkan saya.. Even ayat dia pendek, Chic jangan takut.. Klu takut nnti semua benda tak jadi.. =)

2) becoz i will leave all my friends, all my lecturer, my hostel, my J town, kabus pagi2, bunyi burung2.... I'm gonna miss every second i've spent here for 3 years dude..

3) becoz sometime i play alone with myself and my friends at home together(jeles)

4)  becoz i will live behind all memories and maby after this if i met my friends, it wouldn't be same as before.. 

orang 1: Awak nak pindah ke?
orang 2: Ya, saya nak pindah.
orang 1: Awak ada tertinggal barang tak?
orang 2: Saya da packing barang2 saya. Rasanya x ada apa2 yang tertinggal. Apa yang saya tertinggal?
orang 1: Mungkin awak tertinggal kenangan. Pastikan awak tak tertinggal kenangan yang ada di tempat lama. Ianya berharga dan indah.
orang 2: Baik.

Tuesday, March 6, 2012

lalalalalala.. weeeeeeeeeeeeee

Haiii.. Ari nih ada lah hari last presentation level diploma + last study week in diploma juga.. Ouhhhhhhh, FINAL.. =.=" scray gak.. Hurm, just want to say sorry to cik Kembang Khaleda sebab dia kena datang awal utk presentation dia yg sepatutnya pukul 12, tapi da terpacak kol 7.50 kat block C.. Aku x tahu yang korang prsent group lain, sebab madam mmg selalu ckp lain2.. Aku ingt korang present group sama ngan kita org.. Tambahan pula korang 1st group.. Madam pun ckp kat aku kol 11.30 a.m present, tapi alih2 kol 9.50.. I just care about korang sebb x nak lah korang x present mcm kes dulu(pretty damn shit chic, bila bagi info mesti jadi lain, x pe lah, pasni orang tanya, aku rasa mcm da nak buat sumpahan, ada orang tanya,aku jawab ENTAH, tapi kes diowang nih aku yang tanya diorang, hehehe.. MY BAD) Mulai sekarang itu trademark aku sampai bila2.. Sorry kat korang, klu nak tarik muka, tariklah sampai k.l.. I don't mind... Ya,salah saya.. TQ

P/S: Cikgu cakap buat baik ngan orang berpada2, kan da jadi gini(sibuk tepi kain org lagi)


Ok bab baru.. Hurm, saya nak ckp secara general.. Did you know how to respect people feelings..??? Pengalaman akan ajar kita, sesuatu yang aku belajar.. Bila kita terluka, jangan lukai orang lain.. apa kau rasa bila terluka..? Sakit? Marah? Benci? Semuanya akan keluar.. Everything!!! Satu je yang aku perasan, kita boleh share semua benda ngan orang.. Tapi x akan ada seorang pun faham perasaan kita melainkan dia melaluinya(depends keadaan yang mcm mana dia laluinya)... Untuk menjadi dewasa, kita akan lukai banyak orang.. Kita rasa ianya tak berlaku, but it did happens dude!!!!! Aku akan sentiasa hormat perasaan orang, belajar daripada orang, sebab aku tahu betapa x seronoknya rasa terluka hati dalam percintaan,persahabatan etc(Saya belajar daripada orang yang ajar saya)... Klu orang x suka,jangan paksa.. Sebab dia x suka.. Buat apa nak paksa, klu nak marah,marah directly,x yah simpan, klu nak bagi kaki, bagi je kaki kat dia tuh.. Hehehehe ..

P/S lagi: Pada pendapat awak, orang yang ckp diri dia pendendam atau orang yang pendedam tapi dia x cakap dia seorang yang pendedam. Siapakah yang lebih bahaya???(cepumas)..