Holla.. Sekarang ni pukul 2.19 a.m ... Baru je bangun dari tidur yang x nyenyak.. Bangun untuk menyiapkan assignment tapi menyimpang buat benda lain.. Hehehehehehe.. napa tidur x nyenyak..? Sebab pening kepala dan rasa macam nak demam..
Pernah ke korang gaduh Besar @ Perang Dingin ngan sesapa? Ce tanya diri sendiri??? Aku?? Pernah kot.. Dulu masa darjah 5, aku gaduh ngan Nurhidayu Binti Zirman dan Natasha Binti Rosli.. Setahun kot x bertegur... Pasal apa x ingat, tapi memang x bertegur-sapa.. After a year, kami berbaik semula dan sekarang ni kawan2 saya yang chumell(sangat chumell refer kepada aku sahaja).. Hehehehehe..
Tapi ada satu kes, ada seorang mamat ni, aku memang x boleh face to face ngan dia.. Kalau berjumpa kat mana2 event.. aku x kan tegur dia... Entah lah.. Parut tu masih berbekas.. Klu nak kata maaf tuh.. Da lama maafkan, cuma x boleh lupakan.. Sebab parut tu masih ada.. Kalau parut di badan boleh guna Bio Oil... Tapi kalau parut di hati, mau guna apa? Peluntur Baju ke?? Hehehehehe.... Opss, jangan ingat dia ni bekas pakwe aku atau apa.. Just kawan je...
Hari tu, pensyarah saya yang hensem Papa Nik memberi tazkirah Asar sedikit didalam kelas.. Dunia ni kita hidup x lama dan bukan nya seorang2.. Kalau ada yang terasa hati dulu @ perang besar @ perang dunia keberapa tu...? Belajar lah forgive dan forget.. Forgive tuh memang semua orang akan buat .. Tapi cuba yang forget tuh.. belajarlah.. X seronok kalau forgive tapi x forget.. tuh macam berdendam je.. Dalam kelas petang tu, ada yang terasa batang hidung rasanya... So, sesuai tajuk tu pada petang yang nyaman... termasuk lah aku, memang rasa tertuju kat lubang hidung aku sendiri... =)
Hurm, bagi aku forget sekarang tu, mungkin tidak.. Suatu hari aku akan forget segalanya... Kalau berdendam tu, mungkin da x ada.. Kalau buat hal ngan aku, adalah dendam dan amarah itu.. Huhuhuhuhu... Kita semua manusia biasa, untuk menerima sesuatu yang kita x boleh lupa, bukan lah mudah... Ianya mengambil masa yang agak lama.. Bagi aku, aku akan forget apa yang berlaku dulu, cuma bila aku terserempak ngan dia.. Tetiba teringat dan x boleh forget... Hurmmm.. lagi2, sekarang ni dia sentiasa bersama ngan kengkawan saya.. Yalah, x kan aku nak halang kawan2 aku berkawan ngan dia.. Aku x kisah.. Cuma x selesa... Kadang2 aku just ignore je.. jadilah ko orang halimunan di depan aku.. hehehehe, berani cakap dalam hati je... Aku belajar forget satu persatu, bukan bermaksud aku x akan forget apa yang berlaku..
Sebagai contoh, bekas roomate aku Norzeha... Aku terima suatu tamparan yang hebat.. Bukan penampar tau.. Adalah kisahnya.. adalah gak setahun aku x boleh terima kenyataan itu.. Setelah disoal selidik, pihak kedua benar, dan Norzeha bersalah... Selama ni aku backup dia, sebab ingatkan semua orang mengenakan dia.. Sehinggalah sesiapa yang backup dia tahu hal sebenar dan menceritakan kepada aku... Aku terpana, dan memang x boleh terima kenyataan.. Susah babe.. Bekas roomate aku... Kami da tidur sebantal, makan sepinggan.. bergelak tawa.. Semuanya.. Bila jadi macam ni, memang aku x boleh terima kenyataan.. Sehinggalah awal bulan 6 yang lalu.. Aku telefon dia dan berkata di dalam HATI SAHAJA ..
" Aku maafkan kau dan lupakan kesalahan kau terhadap aku dan kesalahan yang kau lakukan pada Aina dan Jiji.. Aku lepaskan segala kenangan kita sepanjang menjadi sahabat.. Semoga kau belajar dari kesilapan.."
Dan itu lah telefon aku yang terakhir untuknya.. Aku bersyukur semuanya berakhir dan aku x salah kan tuhan.. Aku gembira di pertemukan sahabat yang sedemikian dan akan jadikan pengajaran... Semoga korang pun sama.. Sekian .. =)
No comments:
Post a Comment