Pages

Monday, December 31, 2012

Cerita senja

Weeeeeeeeeeeeeeee.... semua da abis.. ngah fokus study week yg tinggl tiga hari je nih.. hmmm sempat ke?? Mudah-mudahan dipermudahkan urusan.. Amin.. Ok.. tadi tgk cerita yg pukul 7.00 ptg kat TV 3 tajuk nya SETIA HUJUNG NYAWA..  Hehehe.. Cuaknya kawin ngan orang yang kita tak kenal.. Cuba korang fikir korang akan bernikah hidup semati ngan orang yang pada awalnya korang tak kenal, x tahu mcm mana budi dia,perangai dia, apa dia suka dan apa yang dia x suka..

Da lah ngan lagu background nya.. Sangat lah masuk .. lagu AdaMu by Najwa Latif.. 

Hmmm.. tak tahu lah napa, hati bunga2 sangat..  SANGAT BUNGA3!!!!!!!! hahahaha.. Rasa aku yang masuk tv tuh tadi.. aku je yang nak kawin tadi ngan rasa cuak masa dia ijabkabul tadi.. Perghh.... Tetiba lak teringat kat somebody kat Singapura tuh.. Hmmmm, mcm mana lah dia keje?? Weeeeeeee.. Then masa ending tuh aku ada baca ayat ni..


"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"


Pergh.. ayat nih sangat lah menunnjukkan banyak erti.. dan ayat nih aku da jumpa lama 1 tahun yang lalu.. dalam pertengahan 2011.. Dari sebuah blog yang aku suka sangat sebab bayk software .. Blog nih bagus sebab ada sediakan bacaan Al-Quran.. Yang kadang3 kita boleh baca jugak dan tahu maksudnya.. Klu buka blog nih suka sangat baca terjemahan surah Maryam.. Ok lah.. aku sebenarnya suka kat cara tuan blog nih.. aku punya lah angan3 klu dia lelaki.. aku tak tahu lah napa aku assume dia lelaki, just my imagination.. Sebb aku suka cara blog nih.. Dia share software dan dia masuk kan unsur islamik yang lembut.. Haaaaaaaa.. tuh aku suka.. Tetiba je kan?? Pelik itu pon nak suka.. So what?? aku punya pasal.. Then tadi bila aku nampak ayat nih, barulah aku tahu yang dia nih amik ayat tuh dari novel.. Cerita ini pun adaptasi dari novel jugak.. Hmmm.. jiwang juga tuan punya blog.. Klu dia perempuan.. hancur imaginasi aku.. hehehehehe..



Hmmm.. tak tahu lah napa, esok da tahun 2013, tetiba lak baru sedar diri aku da masuk 22 tahun beb !!!!!.. da boleh kawin kot.. eh ya ke 22 tahun?? hehehe.. 21 tahun beberapa bulan je, tapi genapkan cukuplah tuh 22 tahun.. Hehehehe.. Mesti bestkan kalau da kahwin.. Bila lah nak jumpa Mr. Right ni..













Terima kasih kat encik google.. sbb keluarkan gambar2 yg saya nak..  =)

Tuesday, December 25, 2012

Study week

Study week yang serabut.. Aku nak study tapi aku sangatla penat dengan test yang berderet dari ari sabtu(22/12).. kamis nih(27/12) ada lagi test dan presentation.. 29/12 last presentation.. 3/1 aku da start exam and second paper is killer account.. Aku sangat lah serabut......... napa lah kacau study week aku.. serabut.. aku nak g jengka study ramai3 pon x boleh........ serabut.. i hate it...

Monday, December 17, 2012

When....

When a stress comes to me.. (i'll be quite and sad)
When people treat me so kind.. (i'll do the same thing the same way your treat me)
When anger comes to me.. (i hate it so much)
When i can't control my anger..(i hope i can kill you, and throw your dead body to hell)
When i can't manage myself.. (i hope somebody will come to me, calm me down)
When i had a bad day.. (i hope somebody will encourage me)
When i can't do the question..(i hope somebody can guide me)
When i feel so happy.. (i want to share it, doesn't mean i show off)
When people psycho me.. (totally i'll psycho back)
When i silent.. (it doesn't mean i scared)
When i feel the phobia..(i hope that i can get rid of it)
When i start hate people..(i'll always think why?? should i or shouldn't i??)
When i start hate people but i didn't..(it means i love you no matter you are my enemy or friends or lover)
When i stop thinking why i hate you.. (NEVER ASK ME WHY!!!!!!!)

Tuesday, December 4, 2012

Kekasih

tinta pena ku menari,
menulis pujangga mimpi,
mimpi kau dan aku disini,
bersama mencapai realiti,
ku titipkan doa di hujung hati,
agar kau rasakan getar ini,
ku hitung hari-hari,
untuk melayar bahtera bersamamu,
namun mimpi ini,
menjadi ngeri,
melihat sekujur tubuh kaku,
longlai tak bermaya,
Antara bahtera dan Illahi,
Kau kembali padanya mencari cinta abadi,
punjangga mimpi akan bersemi,
tapi duniawi bukan realitinya,
kerna ku tahu kau akan menungguku di pintu syurgawi.






saja je jiwang3.. bosan... 

Saturday, November 24, 2012

l.o.v.e


Selamat pagi.. Siapa pernah bercinta?? Bukan cinta monyet tau. Cinta yang betul2 rasa nya cinta.. Macam mana nak describe,aku pun tak tahu sebab aku x pernah alami nya.. Yup, i never feel it.. Aku cuma pernah suka kat orang tu dan itu sahaja... Nak bercinta tu ada cuma entah lah.. Belum masanya kot.. Sebab aku x matang lagi dalam menahan sakit bercinta. Aku takut dengan cinta kerana orang di sekeliling aku. Yang membuat aku fobia dengan cinta. Jadi aku hanya mampu menyukai seseorang itu dari jauh.

I LOVE YOU but i'm just too scared that you will hurt and leave me



MR. RIGHT i will find you, love you and i want to be your wife until jannah but how if i can't find you.. 
are, cute, dof, dondeeee?, find, find you

Will you ran away from your life and find me back???


b-d

Assalamualaikum semua... apa khabar?? hmm.. hari convocation da makin hampir weh.. Saya konvo hari isnin ini 26/11/2012 untuk peringkat diploma je.. Hahahaha je ok.. Tapi keronokan nak g konvo hilang.. sebab aku ada 5 assignment nak submit ari rabu dan kamis which means aku balik ari selasa.. x sempat nak bersuka ria da nak submit assignemnt.. and aku terpaksa bawa semuaa assignment tuh balik.. tak semua, 4 je.. damn bebeh.... and at the same time semua buzy lah, posting,bla3... whatever.. malang tol konvo ari isnin nih... hmmmmm...


Ouh yea, Hmm.. aku ada satu cerita yang da lama aku simpan even my parents pon x tahu .. Apakah??????? Jeng3.. aku pon x tahu sangat sebenarnya tapi kebelakangan ni simptom tuh jadi sangat lah teruk.. Tak adalah teruk sgt, cuma lain dari biasa.. Aku tak tahu nak cakap mcm mana tapi aku tak rasa ini imaginasi atau apa.. Aku da lama alami simptom nih, and yet aku tak sure sama ada aku salah nampak atau salah baca atau salah faham huruf,simbol atau perkataan... Kebiasaanya aku akan sentiasa tertukar ayat atau huruf..  Bagi aku normal sehinggalah hari pembentangan, seorang kawan aku punya tajuk dyslexia.. Acquired dyslexia...


Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

ok ni lah dia pengenalan dyslexia tuh.. dia ada 2 jenis dyslexia iaitu daripada lahir(developmental dyslexia) dan Acquired dyslexia(boleh terjadi ketika kita da besar ataupun sedang membesar) Jeng3.. aku pon tak tahu lah weh.. aku nak cakap ngan orang tapi aku pon x sure, tu yang aku tulis kat sini.. hehehehe.. nih antara contoh yang aku alami dari kecik ampai lah sekarang .. bagi aku simptom nih jadi luar biasa dari yang biasa aku alami ...contoh 4 dan bagi aku worst nombor 5..

1)Contoh lah kan korang bagi aku nombor phone, 012-34567890 aku akan ingt semua nombor tuh tapi akau akan tertukar kedudukan nya.. Sama ada nombor tuh tertukar semua atau 2 yang terakhir iaitu 09..

2) bila aku baca ayat tuh ada juga yang tertukar,kebiasaanya ayat hujung dan tengah.. ataupon huruf yang problem "b" jadi "d' atau pon  51 jadi 15

3) bila lecturer ckp sesuatu ayat yang panjang dan korang nak salin.. aku x leh  nak tangkap sangat dan ayat yang hujung juga akan tertukar...

4) ada dalam satu kelas nih.. kena baca satu perengan(diri sendiri lah yang baca).. aku tak leh faham langsung even aku da baca lebih 5 kali.. Ayat tuh english yang simple tapi memang tak faham, then semalam aku try baca balik, da ok da.. 

5) Semalam aku anta kawan aku balik ke UPM and aku tak tahu jalan nak kuar  ke highway sungai besi tuh.. sebab b4 nih aku sesat and aku balik umah ikut jalan serdang yang amat jauh.. bila yang second time nih aku da jumpa jalan nya.. aku pandang signboard tuh kompleks sukan negara yang menunjukkan arah kanan.. Betul3 keta ngah slow sebab aku nak baca signboard tuh and aku sendiri cakap kat kawan aku yang di sebelah kanan.. haaa, jalan nih betul belah kanan .Apa yang jelas aku nampak KOMPLEKS SUKAN NEGARA disimpang kanan JOHOR BHARU sebelah kiri.. Lalu aku memilih simpang kanan yang mana mata kepala aku nampak..   tapi hakikat nya aku menghala ke JOHOR BHARU(yang kononnya kanan sangat tuh kan) sebab nak ke KOMPLEKS SUKAN NEGARA tuh belah kiri.. Sampai bila da sedar diri tuh yang aku seat , aku tanya napa salah jalan nih betul lah simpang kanan nak g bukit jalil tuh.. dia kata belah kiri lah simpang tuh.. Tapi aku nampak kanan..


 Tu je lah aku nak citer, aku tak tu lah perasaan aku ke, aku still lagi konfius dan cari napa lah aku hadapi simtopm nih.. klu korang pernah alami, share lah yea.. Salam... =)

Sunday, November 11, 2012

New begining,,

Ooooohhhhhhhhhhhhhoooooooooiiiiiiiiii.. Kembali ke dunia blog setelah sekian lama "hilang diri".. Selamat menghadapi hari yang indah dalam diri kamu.. Even aku x recover 100 % lagi mood nak study, at least aku x lost tentang apa aku belajar, cuna 65 % lost je.. Hehehehe, at least dari aku lost 100 % kan???

Kerinduan yang amat  tinggi terhadap negeri jajahan Jengka dan semua rakyat jelata beta.. Cewah.. Ok jengka da maju !! Sangat jeles ngan pembangunan Jengka.. Ada Marry Brown, walaupon aku x lah hadap nak makan Mb tuh, tapi dia da maju .. bukan lagi bandar koboi.. Memang akan jadi J Town.. Lepas nih ada ura2 nak buat bowling.. Hish, x belajar lah budak3 jengka nnti..

Siap ada patung besar tuh.. Jeles3 !!!!!!

Ok, lupa kisah Jengka.. Aku kat Machang sekarang nih ok lah.. Cuma bandar dia jauh sikit dalam 6-7 kilometer je..(Jengka kurang dari itu dalam 3 kilometer or less).. Kat sini, aku memang pesta sebab keta sewa senang nak dapat.. Ahahaha.. apa lagi, jalan lah... Tapi x selalu ok, bila ada duit je.. Yang takut je kat sini banyak orang tak siuman sikit(gila), diorang semua ada family yang jaga, kiranya bukan orang gila yang terbiar tak mandi 2-3 tahun.. tuh lah agak takut gak... 


Ni gambar classmate aku masa ari first ada kelas.. Yang mana ada yang aku tak ingat lagi nama dia... Mcm bese, 1 sem baru boleh hafal muka dan nama diorang...

Haaa, aku dok kat umah sewa tau, x dok kat kolej.. Nasib tak dapat kolej.. Napa? Takdir.. umah aku ngan uitm dalam 5-10 minit lah jugak atau pon lebih.. Van dalam kolej susah sikit nak dapat, kena call sokmo.. 


Nampak tak jalan tuh...?? ok x berapa clear sangat.. Haaa kat uitm shah alam tuh kan jalan berbukikt nak g faculty kan.. Ok imaginekan  yang faculty tuh kolej3.. yang dok kat atas bukit mcm genting highlands.. Hish, x tahu lah nak ckp mcm mana.. 

OK lah,ada masa aku tangkap gambar umah aku ek.. Aku tunjuk kan, rumah yang 1 bilik besar,1 dapur dan 1 toilet.. Haaa, ce bayang kan.. Da3.. aku nak study nih.. da lah ada test yang buat aku clumsy..clumsy macam mana?? 2 ari yg clumsy sampaikan kertas jawapan yang aku patut hantar,aku bawak balik umah.. Hebat x clumsy aku ???????? ok Bye...

Saturday, September 15, 2012

Apabila

Apabila apa yang aku fikirkan menjadi sebaliknya.

Apabila takdir ku berubah membuat kaki ku berpijak di bumi machang

Apabila semua yang ku berserah menjadi sebaliknya juga

Apabila semangat yang baru untuk hidup berjuang menjadi patah kerna semangat itu perlu bertukar menjadi berjuang untuk belajar

Apabila aku bangun pagi, tempat itu menjadi asing

Apabila matlamat aku berubah, dan aku harus mencari matlamat yang baru


Apabila aku menjadi seorang yang kosong memandang buku dengan semangat yang hilang..(Pasti mereka kekok dengan aku nanti. Suatu malam,aku telah menghilangkan semua semangat cita,cinta dan harapan akaun. Dan aku terpaksa mengutip perca semangat yang aku campak jauh kerna matlamat aku berubah)


Pasti ianya akan memakan masa dan aku akan lambat tersedar..
Such an empty and pathetic person....

Sunday, September 2, 2012

pukul 2 pagi

Hohoho.. Hai.. Nak buat luahan hati sikit.. Sorry mak.. Saya memang anak yang degil, tak dengar cakap,keras kepala.kuat melawan..
**********************************(senyap je)
Saya bukan tak nak sambung belajar tapi semua untuk kebaikan kita semua. Bagi lah adik amik diploma dulu.. Saya ada diploma,da cukup bangga.. Mak tak yah lah sedih dan malu,anak mak ni x sambung degree.. Rezeki ada kat mana2 kan..Semuanya akan baik3 saja..Memang lah diploma nih tak boleh dapat gaji rm2000+, tapi sekurang2nya saya dapat bantu.. Memang saya marah emak sebab tak boleh faham saya. Bila mak tanya saya kenapa saya tak nak sambung belajar?.Saya cakap nanti kos bertambah kalau g belajar dan emak akan membebel.. Huhuhu, dan saya akan buat muka ketat dan melawan.. Bila saya cakap sesuatu yang jujur saya memang maksudkan nya dan saya amat risau keadaan seisi rumah.. Walaupun saya ni jenis yang selalu keluar dan kawan diutamakan tapi at the end family come first,isn't it?,tapi x pe lah.it's gonna take time.. Untuk apa kalau saya pergi belajar kalau saya selalu risau.. Huhuhu.. Abah memang x sengkek nak tampung saya belajar.. Tapi kesian kat encik kepala beruban tu..

Emak,semuanya akan baik2 saja.. =)

Wednesday, August 29, 2012

70 % let it go


Adakah awak percaya kata hati awak?? Saya 50-50.. sapa yang tak percaya kata hati.. tapi jangan lupa kata hati pun boleh salah.. Bila difikir A-Z.. Kata hati saya kata, jangan pergi.. Bila saya rasa sedih .. ini lah lagu dia.. Dewa-Hadapi Dengan Senyuman..
Kengkawan .. Hopefully korang buat yang terbaik untuk degree.. Jangan main3.. Diploma ngan degree lain sangat.. Rezeki ada kat mana2 je kan.. this not the end for me.. Sorry klu terlalu mengejut sangat.. It's all about future...



Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Thursday, August 16, 2012

Kosong

Hai, apa khabar? Macam mana persiapan raya? Mesti lah korang semua tengah berperang dapur, perang kemas rumah.. Semuanya peperangan .. Sama juga disini, tapi aku ada extra peperangan iaitu perang dilema perjuangan degree harus diteruskan atau berhenti seketika mengejar impian.. Banyak yang nak tulis, tapi kosong.. semuanya hilang.. Setiap orang ada pengorbanan tersendiri.. It's not easy for me.. Moga aku kuat dan sentiasa work hard, walau apa pun perjuangan akan diteruskan tapi mungkin bukan sekarang.. Aku kena keras hati dan fokus.. Kawan2 ku, doakan aku.. 

Thursday, June 21, 2012

Buat Aku Tersenyum

Senja pantas menelan langit menukar ia menjadi gelap dan kelam, tapi dihiasi cantik bintang dan bulan. Aku memandang ke langit melihat burung berlumba-lumba pulang ke sarang. Hmm, sudah msuk waktu maghrib. Ouh, malam ini aku nak masak puding karamel untuk Mia(kawan sekerja aku,aku keje di kedai makan.. Most of them adalah warga asing,Myanmar).. Penat pula rasanya, tak apa lah. Lagi pun aku tiada duit untuk beli hadiah, aku masak untuk dia pun bagus juga. 

"Abang, saya nak telur 13 biji boleh tak?" Abang indonesia memandang tepat ke muka ku, " Boleh RM 4.00, banyak nya telur nak masak apa? Hmm, nak kena explain kat abang nih ke? Suka hati lah den nak buat apa, sibuk je!. " Ouh, saya nak masak puding karamel. Nak bagi orang dan untuk rumah juga." Terus aku berlalu, masa tidak banyak sebab aku ada 4 jam je lagi untuk siapkan puding karamel ni. 

1 jam kemudian,

"Nak buat apa telur banyak-banyak ni?" Emak melalui kawasan perang nya iaitu dapur untuk melihat kalau-kalau ada pinggan yang tak di basuh. Al-maklum lah, anak-anaknya sudah makan memang tak reti basuh pinggan. Hehehehe.

 "Den nak masak untuk Mia, malam karang diorang nak sambut birthday party lepas kedai tutup." Kata aku yang bersahaja tanpa mengendah kan kehadiran sang emak.

"Dengan orang bukan ke main lagi kau baik, dengan mak tak ada pun macam ni. Dah mati aku nanti barulah nak berbakti. Dah mati aku nanti baru lah nak ingat mak abah. Awak tu perempuan jangan nak baik sangat dengan orang. Jaga batas tu, diorang tu bukan nya melayu pun. Yang nak baik sangat buat apa!?" 

Dasss, sentap jantung. Rasa panas telinga. Aku jadi membuak-buak untuk melawan. "Apa salah nya nak buat baik dengan orang. Ada masalah ke? Bukan nya den buat apa pun, makan je. Den tak pergi pun disko, kat kedai makan tu je.Hmmm.

" Aku berlalu dan masuk ke bilik. Hmmmm, hanya keluh yang aku dapat luahkan. Aku tak minta apa-apa pun. Kenapa setiap tindakan aku perlu dipersoalkan? Aku tak minta telefon atau jam tangan yang mahal bila adik aku dapat semua itu. Aku tak minta apa-apa pun. Kenapa aku yang perlu dipersalahkan dalam segala tindakan. Kusut kepala aku, aku punya abang yang pentingkan diri-sendiri. Aku juga yang di jadi sasaran, seronok adik aku dapat itu dan ini tapi belajar pun main-main. Aku ini apa? Hmmmmm, aku nak masak separuh untuk kedai dan separuh rumah. Hmmmm, tak faham aku. Emak tak kan pernah faham aku, dan aku tak kan pernah faham dia. Bila aku tanya A, dia pasti akan jawab D. 

30 minit kemudian.

Aku bancuh acuan dan sukat menjadi 2 bekas. Tak apa lah, biar lah kena maki-hamun. Kalau da niat nak masak untuk orang tu, masak je lah. Masa berlalu dengan pantas. "Bau da kuat da ni, da masak kot." Pekik adik aku dari bilik. Aku pun berlari. Yeaaa da nak masak(belum buka lagi periuk kukus).

"Oh my god. Oh my god.Damn it" Ambik kau, dia kembang jadi macam kek la pulak!!!!! Argh, kalau da kena sumpah dengan mak, semua benda tak kan jadi,Sebab tak direstui!. Hish, apasal lak boleh kembang macam kek ni? Ni mesti sebab aku letak tepung kastard. Hish, degil lah kau nih, da tahu tak ingat nama tepung yang kau guna sebelum ni, yang tibai letak tepung kastrad apahal. Macam mana ni? ada lagi 2 jam je ni. Hah, niat tetap niat.

 "Aku nak kuar jap, salin bekas kukus tu. Aku nak beli telur jap" Aku jerit pada adik aku dan mencapai kunci kereta. Aku pandu selaju mungkin. Fuhh, kedai belum tutup tapi abang-abang indonesia sedang mengemas.

 "Bang nak telur 10 biji. Berapa?" Aku tanya dalam keadaan gesa."Haa, RM 3.00 je. Tadikan da beli telur, asal beli lagi? Nak ternak ayam ke?". Lupa lak,explanation diperlukan. "Ouh,kuih tak jadi. Nak buat yang baru. Ok bang, terima kasih."

Dalam perjalanan pulang, aku jadi sayu lagi. Kenapa emak cakap macam tu. Sebelum ni pun dia cakap macam-macam dengan aku. Dengan abang aku,adik aku tak ada pula dia cakap macam tu. Ingat aku tak sedih ke? Memang lah aku ni keras hati,keras kepala. Tapi aku bukan nya batu lagi-lagi Batu Caves. Aku pun tahu sedih gak. Semua nya tala kat aku. Abang aku ada i-pad,nokia touch-screen,ada laptop. Aku juga yang bising sampai mati lah,apalah. Hmmm.. Aku minta apa-apa pun cuma cakap lah sesuatu yang boleh buat aku tersenyum. Itu da cukup bermakna.

Sekian..
Tiada kena-mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun da mati(just amik tajuk nih dari lagu yang AYU gemuk post kat FB)

Buat aku tersenyum-Sheila on 7