Pages

Wednesday, April 6, 2011

cerita subuh tadi...

salam.. hurmmmm.. hari ni sangat mereng kerana malam semlam lappy kesayangan aku ada virus.. So haru-biru lah aku.. sebab byk kerja2 aku nak bentang minggu ni.. Dan disebabkan kemurungan melampau dan kesdihan yang amat.. Tidur pun x lena.. Then decide nak bangun pagi untuk study.. KONONNYA LAH... WALHAL.. KEJE AKU X SIAP AGY DISEBABKAN TENSION NGAN LAPPY AKU TU.. Dari kol 3 pagi aku x tidow sehinggalah lepas subuh.. Coz klass aku pukul 10 pagi.. Wah indahnya, g klass lambat2..
So nak story apa yang berlaku pagi tadi..

Selepas sembahyang SUBUH..
Hanya aku dan roomate aku (MIMI) sahaja yang berjaga dan membuat keje masing2, yang lagi 2 orang tu tidow lagi.. Kami berborak tetiba pulak ada ulat2 yang mengacau kebahagian kami.. Kami pun berperang lah dengan ulaut2 itu... Da tamat riwayat ulat2 tu, Mimi g solat subuh.. Dan aku sambung buat keje... TETIBA datang nya segerombolan ulat-ulat menyerang aku (Cis, bawak geng.. Mana aci!)..

Aku ni pulak anti ulat-ulat terbang sebab annoying lah.. BUNYI KEPAKNYA YANG BISING(boleh bayangkan x?).. Da ar warna hitam kecuali kepak yang lutsinar.. Then ada sengat lak tu.. Pergh sakit lah klu binatang tu mengigit..

Tengah mimi sembahyang, ada dalam 6 ekor serang aku.. Aku pulak mencapai apa yang ada di atas meja dan memukul nya.. Aku mencapai pembaris panjang.. Hehehe,, patah.. Da ar roomate aku punya.. abis lah kena marah.. Then simusuh durjana tu datang terbang kat aku.. Aku penyekkan pakai kalkulator.. YEAH!!!!!!! mati ko... Ouh lupa lak Mimi... Dia nak tergelak dengar aku berperang dengan ulat2 tu masa dia tgh sembahyang.. ahahahaha..

Then aku pun menulis surat cinta kat roomate aku ni.. sebab pembaris dia da patah..
aku tulis dalam note yang tampal2 kat board tu.. Berbunyi begini.....





Rupa-rupanya roomate aku post gambar ni kat facebook,, Adoii..... sengal tol... hehehehehe

No comments:

Post a Comment