Sejak kebelakangan ini kita sering didatangi e-mail yg mendakwa E471 adalah lemak babi yang secara mutlaknya, haram di sisi Islam.
Namun baru-baru ini, timbul pula persoalan, mengapa terdapat produk buatan Malaysia yang mendapat pensijilan Halal Jakim menunjukkan di “ingridient” nya E471. Sbg contoh: Ais Krim WALLS, Twiesties, Kopi Aik Cheong dan sebagainya.
Persoalannya, adakah Jakim terlepas pandang?
Maka ramailah pengguna Islam yg perihatin melemparkan persoalan ini, termasuk kepada saya.
Jadi, di sini saya ingin berkongsi penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Walls Malaysia, yang bagi saya dapat meleraikan keraguan kita.
Kesimpulan yang dapat saya buat:
E471 boleh diabstrak daripada binatang dan daripada tumbuhan.
Bermakna, E471 yang telah mendapatkan pensijilan halal Jakim tidaklah lagi perlu diragui halalnya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang. Sekiranya TIDAK, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa E471 itu adalah berasaskan tumbuhan.
E471memang boleh diekstrak dari tumbuhan dan haiwan. Kalau haiwan tuh diketahui dari sumber halal, boleh makan. Biasanya E471 yang tumbuhan ditulis (Soyalecitihin(E471)). Maksuddnya sumber dari soya.
Sama juga gelatin, boleh dimakan kalau sumbernya adalah halal. (iaitu haiwan yg org islam boleh makan dan disembelih mengikut syarak)..
Sememangnya dalam isu ini, pihak JAKIM perlu memainkan peranan yang maha penting. Bukan sekadar mendapat penjelasan daripada pihak pengeluar, tetapi melaksanakan sendiri kajian ke atas semua barangan yang berkod E471 ini. Kajian secara teliti adalah perlu menerusi 3 atau 4 pihak lain. Kajian secara melepaskan batuk di tangga bukan untuk era sekarang.
Dulu kita telah digembirakan dengan penciptaan mesin pengimbasan untuk mengetahui makanan itu halal atau tidak. Mengapa tidak diapplikasikan penggunaannya untuk kesejahteraan umat Islam.
Tidak perlulah lagi kita beretorik dengan ucapan “darurat” atau kalau was-was jangan guna.
Kita sebagai pengguna Islam yang waras dan dewasa boleh mengelakkannya, tetapi bagaimana dengan anak-anak kita di sekolah, di luar dan yang masih terumbang-ambing itu.
Apakah kita mahu melihat generasi yang hanya Islam luarannya, tetapi dalamannya penuh dengan ke”kotor’an yang dibuat oleh orang Islam sendiri? Waulahualam, tepuk dada tanya iman.
Wallahu a’lam.
DI AMBIL DARI : http://produkhalal.wordpress.com/2008/06/20/emulsifer-471-e471-halal-or-not/
No comments:
Post a Comment