Pages

Thursday, February 3, 2011

kisah sambal goreng tempe

ak x tahu kenapa aku terjaga kol 3 pagi..
orang lain tgh sedap tidow ak x leh tidow lah pulak..
then ak membelek majalah sekolah,, tetiba lak windhuu zaman sekolah..
ada satu artikel yang aku taip semula..
artikel nih ok lah.. ak suka dulu.. then juz nak share ngan korg je..
x ada r lawak gila babas..
tapi ok lah..
Hasil Nukilan oleh senior aku a.k.a member aku..
Sya_feerah 1504 ataupun Raisyafira!
Dipetik dari Majalah S.M.K.SEKSYEN 1 JILID (1)..
ditaip semula oleh : DINOSAUR



KISAH SAMBAL GORENG TEMPE

Alkisah… satu cerita zaman dahulu kala. Ada seorang lelaki yang sangat kurus hingga boleh dihitung tulang rusuknya. Walaupun kurus, dia tetap power kerana beristeri dua. Lelaki itu bernama Tempe dan isteri-isterinya bernama Cili Kering dan Asam Keping.

Tanpa diduga pada suatu hari, kedua-dua isterinya mengandung jua setelah lima tahun berkahwin. Maka sungguh gembiralah Si Tempe sehingga melompat 5 meter tinggi dan terus tersangkut di atas pokok. Dia terpaksa meminta tolong tetapi masih menjerit dalam keadaan yang sangat gembira sehingga dia terpaksa dirawat di Tanjung Rambutan selama sebulan kerana dianggap gila oleh ketua kampungnya yang bermisai melentik itu.

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba akhirnya… jeng..jeng..jeng… lahirlah dua orang bayi perempuan yang comel lagi gebu. Tempe terlalu gembira sehingga terlupa nama yang hendak diberikan. Setelah berfikir selama tiga bulan, akhirnya dia memberi nama anak Cili Kering,Bawang Merah dan anak Asam Keping,Bawang Putih. Tempe sangat sayang akan anak-anaknya.

25 tahun kemudian, kedua-dua anaknya membesar dan mempunyai paras rupa yang cantik dan menawan mengalahkan Erra Fazira. Bawang Putih mempunyai badan yang ramping seakan model, mukanya pula licin dan putih melepak. Tetapi Bawang Merah berbadan besar dan selalu diejek oleh Bawang Putih.

Bawang Merah tiada tempat untuk mengadu kerana ibunya telah melanjutkan pelajaran di Universiti India dalam tarian klasik India, untuk mendapat ijazah. Emak tirinya pula seorang yang kejam kerana memaksanya makan 15 kali sehari, sehingga dia menjadi sangat gemuk agar pemuda di kampung itu tidak meminati Bawang Merah. Jadi, hanya kepada ayahnya saja tempat meluahkan perasaan sedihnya itu.

Suatu hari, tanpa diduga ayahnya telah meninggal dunia kerana telah terjatuh di dalam lubang najis semasa sedang qadha’ hajat. Maka menangislah Bawang Merah sehingga kering air matanya dan terpaksa gunakan ‘eye mo moist’ yang dibeli di Jusco sebagai pengganti air matanya.

Setelah ayahnya meninggal dunia, dia sekali lagi terkejut mendengar perkhabaran yang mengatakan ibunya telah tersangkut dengan mamat bangla dan melangsungkan perkahwinan. Lalu dia menangis mengikuti rentak lagu pop rock.

Ada seorang raja yang memerintah negeri itu yang bernama Kacang Buncis. Raja itu mempunyai seorang putera yang amat kacak lagi gagah perkasa mengalahkan bintang WWF iaitu The Rock. The Rock sudah lama membujang dan akhirnya mengambil keputusan untuk mencari calon isterinya. Maka baginda telah mengadakan satu pertandingan iaitu pertandingan memasak. Baginda memerlukan seseorang yang pandai memasak agar baginda dapat mengemukkan dirinya.

Syarat pertandingan itu adalah sesiapa yang mempunyai nama yang pelik sahaja akan layak untuk menyertai pertandingan itu. Bergembiralah Bawang Putih dan Bawang Merah setelah mendengar pengumuman daripada wakil raja yang tidak kurang kacakanya seperti Phua Chu Kang. Hnaya mereka berdua sahaja yang mempunyai nama yang pelik. Jadi sebelum pertandingan itu bermula, Bawang Putih telah meminta ibunya mengajar cara-cara memasak. Bawang Merah pula dimarahi kerana ingin turut serta belajar memasak.

Bawang Merah berasa sangat sedih tetapi tetap dengan pendiriannya untuk menyertai pertandingan itu.
Hari pertandingan itu bermula. Bawang Putih memasak pelbagai lauk yang diajar oleh ibunya. Bawang Merah pula tergamam dan masih berfikir resepi masakan yang hendak dimasaknya. Tiba-tiba dia teringatkan nama ahli keluarganya lalu memasak segala bahan yang telah disediakan. Maka jadilah satu lauk yang pedas dan mempunyai tempe didalamnya.

Pertandingan sudah berakhir. Anak raja itu mencuba semua masakan dan tertarik dengan masakan yang dimasak oleh Bawang Merah, lalu baginda bertanya apakah nama lauk yang dimasak itu. Bawang Merah tergamam dan secara tidak sengaja menamakan lauk itu ‘sambal goreng tempe’. Maka tercatatlah dalam sejarah permulaan bagi ‘sambal goreng tempe’ dan kini masakan itu menjadi kegilaan orang ramai.

Tidak lama kemudian. The Rock berkahwin dengan Bawang Merah. Ketika itu, Bawang Merah sudah menjadi kurus setelah mengikuti kursus Maria France Bodyline hasil cadangan daripada putera raja itu.
Kini mereka hidup bahagia hingga ke anak cucu. Pada masa itu, mereka dikurniakan 35 orang anak dan 20 orang cucu. Mereka mempunyai kembar 2, kembar 3 dan kembar 4. Suasana di istana sangat meriah seolah-olah mengadakan kenduri-kendara.

Bawang Putih pula menjadi gila dan badannya seperti tong drum kerana asyik makan ‘sambal goreng tempe’ akibat terlalu benggang dengan lauk itu. Bawang Putih tidak bertemu dengan jodohnya dan kini hidup sebatang kara, ibunya telah meninggal dunia kerana terkejut melihat badan anaknya yang semakin membesar. Itu semua angkara ‘sambal goreng tempe’.. Keh..keh..keh…


Sekian terima kasih sebab baca..
o_0

No comments:

Post a Comment