Pages

Friday, November 25, 2011

jangan membenci..

Salam pembaca semua.. Aku kehhilangan seorang kawan.. Marilah sedekah kan al-fatihah buat saudara kamalhadi rosli.. Hmm.. sedih,terkejut dan x terkata.. Pagi jumaat, aku dikejutkan dengan panggilan arwah da x ada.. Dan aku ingt ianya mimpi kerana waktu tuh pukul 6.47 pagi.. Aku telefon kawan yg lain, cm x sah je berita ni.. Then aku telefon yang rapat dengan arwah.. Ianya benar, telah pergi buat selamanya.. Serta-merta air mata berlinang.. Kebetulan aku mmg berniat nak balik kerana awal muharam, cuti akan jdi 3 ari.. Tapi ad kisah g berlaku dan aku mmg patut balik.. Dari bus pukul 10.30 pagi dan ketiadaan kenderaan utk ke terminal.. Aku berlari ke arah orang yg membawa kereta dan tahan utk tumpang ke terminal.. Aku x kisah dan aku x malu utk tahan sesapa asalkan aku dapat balik awal dan pergi ke pengkebumian nya.. Aku berjaya naik bus pukul 8.30 pagi dan sampai rumah dalam pukul 12.15 tgh hari, aku x sempat lihat wajah arwah buat kali terakhir..

Dalam perjalanan, aku tahan air mata dengan buat muka berkerut(stress), tu je cara aku x nak nangis.. Ya allah, banyak rasa yang aku pendam dalam hati sampai satu saat dulu aku x leh pandang muka dia... Dan lately ni, apa2 event klik aku buat, dia involve.. Aku imbas balik waktu sekolah menengah,waktu broga hill(arwah memakai baju jersi malaysia), then aku teringat aku ada tulis kat entry forgive and forget pasal seorang mamat.. Dan kali terakhir event adalah waktu raya yang aku x sempat nak join.. Klu sempat aku nak ckp maaf, aku akan lakukan.. Benarlah kata orang kalau ada parut dalam hati, biarkan saja ia berlalu, nanti kita yang menyesal.. Dan aku memang menyesal.. Mudah-mudahan dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin.. Al-Fatihah sekali lagi buat arwah..

No comments:

Post a Comment