Pages

Thursday, June 21, 2012

Buat Aku Tersenyum

Senja pantas menelan langit menukar ia menjadi gelap dan kelam, tapi dihiasi cantik bintang dan bulan. Aku memandang ke langit melihat burung berlumba-lumba pulang ke sarang. Hmm, sudah msuk waktu maghrib. Ouh, malam ini aku nak masak puding karamel untuk Mia(kawan sekerja aku,aku keje di kedai makan.. Most of them adalah warga asing,Myanmar).. Penat pula rasanya, tak apa lah. Lagi pun aku tiada duit untuk beli hadiah, aku masak untuk dia pun bagus juga. 

"Abang, saya nak telur 13 biji boleh tak?" Abang indonesia memandang tepat ke muka ku, " Boleh RM 4.00, banyak nya telur nak masak apa? Hmm, nak kena explain kat abang nih ke? Suka hati lah den nak buat apa, sibuk je!. " Ouh, saya nak masak puding karamel. Nak bagi orang dan untuk rumah juga." Terus aku berlalu, masa tidak banyak sebab aku ada 4 jam je lagi untuk siapkan puding karamel ni. 

1 jam kemudian,

"Nak buat apa telur banyak-banyak ni?" Emak melalui kawasan perang nya iaitu dapur untuk melihat kalau-kalau ada pinggan yang tak di basuh. Al-maklum lah, anak-anaknya sudah makan memang tak reti basuh pinggan. Hehehehe.

 "Den nak masak untuk Mia, malam karang diorang nak sambut birthday party lepas kedai tutup." Kata aku yang bersahaja tanpa mengendah kan kehadiran sang emak.

"Dengan orang bukan ke main lagi kau baik, dengan mak tak ada pun macam ni. Dah mati aku nanti barulah nak berbakti. Dah mati aku nanti baru lah nak ingat mak abah. Awak tu perempuan jangan nak baik sangat dengan orang. Jaga batas tu, diorang tu bukan nya melayu pun. Yang nak baik sangat buat apa!?" 

Dasss, sentap jantung. Rasa panas telinga. Aku jadi membuak-buak untuk melawan. "Apa salah nya nak buat baik dengan orang. Ada masalah ke? Bukan nya den buat apa pun, makan je. Den tak pergi pun disko, kat kedai makan tu je.Hmmm.

" Aku berlalu dan masuk ke bilik. Hmmmm, hanya keluh yang aku dapat luahkan. Aku tak minta apa-apa pun. Kenapa setiap tindakan aku perlu dipersoalkan? Aku tak minta telefon atau jam tangan yang mahal bila adik aku dapat semua itu. Aku tak minta apa-apa pun. Kenapa aku yang perlu dipersalahkan dalam segala tindakan. Kusut kepala aku, aku punya abang yang pentingkan diri-sendiri. Aku juga yang di jadi sasaran, seronok adik aku dapat itu dan ini tapi belajar pun main-main. Aku ini apa? Hmmmmm, aku nak masak separuh untuk kedai dan separuh rumah. Hmmmm, tak faham aku. Emak tak kan pernah faham aku, dan aku tak kan pernah faham dia. Bila aku tanya A, dia pasti akan jawab D. 

30 minit kemudian.

Aku bancuh acuan dan sukat menjadi 2 bekas. Tak apa lah, biar lah kena maki-hamun. Kalau da niat nak masak untuk orang tu, masak je lah. Masa berlalu dengan pantas. "Bau da kuat da ni, da masak kot." Pekik adik aku dari bilik. Aku pun berlari. Yeaaa da nak masak(belum buka lagi periuk kukus).

"Oh my god. Oh my god.Damn it" Ambik kau, dia kembang jadi macam kek la pulak!!!!! Argh, kalau da kena sumpah dengan mak, semua benda tak kan jadi,Sebab tak direstui!. Hish, apasal lak boleh kembang macam kek ni? Ni mesti sebab aku letak tepung kastard. Hish, degil lah kau nih, da tahu tak ingat nama tepung yang kau guna sebelum ni, yang tibai letak tepung kastrad apahal. Macam mana ni? ada lagi 2 jam je ni. Hah, niat tetap niat.

 "Aku nak kuar jap, salin bekas kukus tu. Aku nak beli telur jap" Aku jerit pada adik aku dan mencapai kunci kereta. Aku pandu selaju mungkin. Fuhh, kedai belum tutup tapi abang-abang indonesia sedang mengemas.

 "Bang nak telur 10 biji. Berapa?" Aku tanya dalam keadaan gesa."Haa, RM 3.00 je. Tadikan da beli telur, asal beli lagi? Nak ternak ayam ke?". Lupa lak,explanation diperlukan. "Ouh,kuih tak jadi. Nak buat yang baru. Ok bang, terima kasih."

Dalam perjalanan pulang, aku jadi sayu lagi. Kenapa emak cakap macam tu. Sebelum ni pun dia cakap macam-macam dengan aku. Dengan abang aku,adik aku tak ada pula dia cakap macam tu. Ingat aku tak sedih ke? Memang lah aku ni keras hati,keras kepala. Tapi aku bukan nya batu lagi-lagi Batu Caves. Aku pun tahu sedih gak. Semua nya tala kat aku. Abang aku ada i-pad,nokia touch-screen,ada laptop. Aku juga yang bising sampai mati lah,apalah. Hmmm.. Aku minta apa-apa pun cuma cakap lah sesuatu yang boleh buat aku tersenyum. Itu da cukup bermakna.

Sekian..
Tiada kena-mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun da mati(just amik tajuk nih dari lagu yang AYU gemuk post kat FB)

Buat aku tersenyum-Sheila on 7

Tuesday, April 24, 2012

rindhu jengka

Assalamualaikum.. =) .. yosssssshhhh .. da sebulan x menulis.. Aigooo... rindhu nya.. Byk nak cerita tapi, sebb x ada cable sony.. Byk gambar yg nak dikongsikan.. hehehehe.. Ouh, saya adalah unofficially diploma graduate... Tamat sudah perjalanan 3 tahun diploma.. nilai 3 tahun yang xboleh dibayar dengan duit walaupun Bill Gates bagi aku duit 100 bilion.. hehehehe..seyes i miss them.. i miss the clumsy, miss being annoying, miss their nag, miss their cuteness,miss their jokes,laugh,miss their corporation,miss to watch movie together,miss to make a noise in room,in dewan makan,kelas.. miss them everything..

Aku ada fobia sikit tentang perpisahan.. setiap kali aku berpisah dengan orang tuh.. pasti aku akan mimpi.. masa masuk jengka dulu.. aku selalu mimpi aku main3 kat rumah, g sekolah lagi, jalan kaki g kedai mamak.. hampir 2 bulan.. dan ianya mmg selalu berlaku.. setiap sem dalam 1 minggu ke 1 bulan aku akan mimpi jengka,mimpi kat dalam kelas,mimpi main kejar3,mimpi jawab exam semula, mimpi bergaduh ngan diowang.. sebb aku rindhu.. setiap sem bilik akan bertukar begitu juga ngan jiran3.. so nak adapt benda baru then bila da boleh adapt, berpisah pula, jumpa yang baru.. sebab tuh aku mimpi je..

Minggu peperiksaan yg terakhir tuh,semua semangat nak balik.. macam x ada pape.. eh,lepas nih berpisah ke, bawa haluan masing3..? eh, x kot... akan jumpa balik macam biasa.. setiap sem akan jumpa.. tapi realitinya, da x jumpa da, da x boleh nak gelak sama3, the situation won't be the same, mesti akan ada awkward klu jumpa lepas 3-4 tahun akan dtg.. masa tgh jawab paper audit, aku tersekat.. waaa.. napa lah oalan nih membunuh, x pe lah.. cubalah yang terbaik, next sem kita bgi mantap.. tetiba sentap.. Hey,mana ada sem depan.. kita da nak berpisah.. ini peperiksaan terakhir kita, ini 3 jam terakhir yang kita luangkan bersama dalam keadaan yg senyap(mestilah jawab exam, x kan nak bising kan).. air mata aku mengalir sikit.. aigoo... tgh jawab exam boleh nangis sebb berpisah.. mujur baik je aku tahan.. pujuk hati.. "Hey, ini 3 jam terakhir. hayati dan hargai 3 jam ni". keluar dewan .. semua bersalaman.. dan aku pandang muka mamat yang aku suka nih lama3.. pasnih da x jumpa awak da si comel yang pandai dan putih.. ada yg nangis, ada yang tahan,ada yg buat cool.. aku tahan je.. but at the end.. NoorHidayu Haji Abu Hassan buat saya nangis...yossshh.. kuatkan lah hati nih.. lepas tuh aku pusing satu kampus.. jalan kaki.. i'm gonna leave this place,all the memories.. T.T

3 tahun bersama, lalui semuanya.. memang ada rasa marah,geram, x puas hati,kelakar,gelak,rasa kasih sayang, rasa suka kat mamat nih, everything.. but i didn't hope it will stop.. next week pulang ke jengka sehari.. insyallah .. sgt rindhu kat tempt kuno tuh yg sejuk mcm kat kutub selatan.. klu boleh aku nak dok situ 1 minggu.. g jengjalan ke rumah3 kawan3 aku yang kat pahang.. tapi apakan daya.. aku da nak start keje.. 










roomate dan jiran masa sem 4.. nih nak g beli makanan tgh hari.. sempat gak posing.. dan bertambah2 pula yg join dari 2 jadi ramai.. hehehe.. tapi x leh byk3.. private... 
just miss the time we spent together..
the 1 thing that yang aku selalu marahkan, kami x unite.. ya, itu kenyataan.. masing3 bertelagah dan x beri support,klu ada pandangan pun simpan sorang3 just ckp belakang, x ada kerjasama..
aku sgt berharap kita semua bertemu semula dan unite.. macam adik beradik yang protect each other, yang amik berat dan sentiasa beri kata sepakat.. tapi.. adakah ianya akan jadi kenyatan apabila berpisah dan bawa haluan masing3... bagi kawan3 yang tukar bidang lepas ke degree ataupun x sambung pelajaran.. always trust your heart, make your parents proud, never feel regret, don't blame the fate, trust Allah... doa ku sentiasa untuk korangberjaya  didunia dan diakhirat.. Amin..
Yang ikhlas dan sangat merindui kalian
NORASYIKIN (aku da google nama aku,memang keluar blog nih)
DIPLOMA OF ACCOUNTACY
UiTM KHAZANAH ALAM JENGKA,PAHANG.





p/s: Sorry x pegang janji, aku publickan video nih.. sebab time nih paling aku suka dan rasa gembira sebab aku rasa kita unite time nih.. practice almost perfect tapi bila naik pentas dinner sem 6 semua jadi worst sebab kelam kabut... thanx to azri sebb tahan ngan perangai kami dan jadi presiden of accountancy selama 2 sem.. hey bro, i'm proud you can be the leader(da lama nak ckp, tapi x berkesempatan) =)

Sunday, March 18, 2012

Hijab

Salam semua.. Sepatutnya time nih aku study dan bergelumang dengan nota2 dari sem 1.. Kenapa?? Sebab subjek yang aku akan ambil peperiksaan ini ada lah gabungan dari sem 1 sampai lah sem 5 untuk subjek akaun,costing,tax,audit.. Arghh.. Mana nak cekau nota last2 minit ni?? Soalan tu unexpected.. Di ulang UNEXPECTED.. Ko ingat ke apa yang kau belajar selama 3 tahun untuk peringkat universiti? Kalau peringkat menegah tu, aku boleh faham.. Ini univeriti, setiap final exam dalam satu sem adalah UPSR,PMR dan SPM.. Ya, itu yang aku describe bila nak exam.. Huh, rasa kecewa kertass taxation masih berbaki di otak,hati dan mata aku.. Perit dan pedih,berhempas-pulas,bersengkang-mata.. Tiba-tiba soalan itu berubah sedikit.. Aku tidak persalah kan guru yang mengajar aku, cuma aku salah kan mengapa tidak pernah keluar bentuk soalan sebegini sem2 yang lalu. Aku tidak pernah buat soalan yang akan jadi begini.. Huh, sudah lah. barang yang di kenang jangan dilepas. Ya, jangan dikenang, tapi apakan daya. Aku manusia biasa yang selalu memikirkan masa depan aku. Ini yang terakhir untuk peringkat diploma aku.
***************************************************************************

Berbalik pada tajuk di atas. Hijab. Ouh ya, kepada sahabat saya NURHIDAYU BINTI ZIRMAN. Congrats sayang, anda berhijab. Saya da buang gambar yang open aurat kamu, ataupun ada yang saya "hide-only me".

Sepanjang aku di universiti, aku berhijab. Dan diluar sana,aku buka hijab ku(pasti ada yang sinis tentang perilaku aku ini). Kenapa? Secara jujurnya aku memang tidak berhijab, mungkin cara dari sekolah menengah yang aku terbawa-bawa. Jika kita lihat budak sekolah menengah ataupun rendah. Disekolah bertudung, tapi apabila keluar tidak bertudung. Sebahagian dari mereka, bukan semua. 

Sepanjang di universiti, adakalanya rakan-rakan menegur dari sudut lembut dan kurang lembut. Hanya senyum yang mampu aku lontar dan kata-kata yang biadap aku luahkan. Kenapa? Kerana aku kadangkala tertawa dengan diri aku sendiri dan juga mereka-mereka. Benar, menutup aurat itu perintah Allah.  WAJIB bagi seorang perempuan ISLAM yang telah akil baghlil. Adakalanya ingin aku lontarkan kata-kata pada mereka. Aku tidak berani untuk bercakap, aku hanya mampu berkata-kata pada hati. 

*******************************************************************
RAKAN 1: Mana tudung kau ni? 
AKU: ............
RAKAN 1: Tudung mana?(diulang semula)
AKU: (senyum) Tak ada. Aku memang tak pakai tudung kalau di luar. Kenapa?
RAKAN 1: Apa nak jadi ni? Tahu tak, tutup aurat tu wajib. Berdosa tau.
AKU: Dosa aku. Bukan kau, yang masuk kubur jawab aku. Bukan kau.(sengaja menjadi biadap)
RAKAN 1: Kalau kau buat parking lot kubur sebelah aku. Sengsara tau nak dengar.
********************************************************************

Berapa kali aku ditanya soalan sebegini, aku boleh hitung. Barangkali lebih dari 10 kali sepanjang 3 tahun ini.
Hurm, aku tidak mahu hurai tentang jawapan yang kita semua tahu. Jika ditanya anak kecil pun, dia boleh jawab. Ianya wajib. Sudah terang lagi bersuluh. Banyak yang aku nak katakan. Pasti  ramai yang jelik dengan aku, bangga tidak memakai hijab? Perempuan bodoh! Ya, aku perempuan yang bodoh,manusia biasa. Aku tidak kaya dengan agama. Aku akui, sebab aku bukan dilahirkan dalam keluarga yang warak. Aku tidak mempertikaikan tentang keluarga aku. Kerana iman sesorang itu bergantung pada diri-sendiri bukan ibu-bapanya. Kalau anak Imam itu pun belum tentu dia warak. Kerana yang kaya dengan iman itu ayahnya, bukan anakya. Iman bukan lah harta yang boleh di perturunkan.
********************************************************************

Aku dikelilingi hampir semuanya perempuan yang berhijab Dan aku melihat satu-persatu perangai yang adakala aku jelik memandang, aku ketawa dalam hati(kadangkala aku gelak je depan2), aku sedih melihatnya, dan adakala aku terasa seperti ingin meneranjang dan menyepak. Entah lah, terlalu banyak untuk aku ungkapkan. Moga dibuka pintu hati aku untuk berhijab. Amin. Dalam sem ini, kampus aku dikunjungi oleh seorang profesor Bahasa, aku pun tak ingat sangat. Ayat pertama yang sepatutnya keluar adalah dengan memperknalkan diri. Tapi tidak. Dia mengambil mikrofon dan terus bertanya kepada seorang perempuan. 

Professor: Kenapa kita bertudung? Kenapa kena pakai tudung? Apa function tudung ini? Yang dipanggil hijab? Adakah kerana kena tutup aurat ataupun sebab memakai tudung ini menjadi ikutan? Atau sebab You  lahir dalam keluarga islam dan semua ahli family you pakai tudung? 
Students: (Bising) Apa dia ni? Sesat ke apa? Kita pakai tudung sebab ianya aurat. Da tertulis dalam al-Quran. Tutuplah aurat(kecuali muka dan tapak tangan) dari orang yang bukan muhrim. (Masih bising sesama sendiri dan berbisik macam .....)
Professor: Oh,wajib? Suruhan tuhan? Habis tu, kenapa yang meniru dalam exam. Yang kena tangkap kebanyakan perempuan yang berhijab. Yang minah Arab pun ada kena tangkap meniru dalam exam.
Student: (Bising dan berbisik lagi, tiada yang berani melawan)
Professor: Ha, you yang kat sana. Kenapa tak pakai tudung? Bangun, jawab soalan saya. Bagi dia mic.
Student: (Suasana tegang dan kecoh)
Student perempuan: (Dengan muka yang cuak dan penuh tanda tanya) Erm, sebab saya tak bersedia. Lebih kurang macam tuh lah.
Professor: Ok good, sebab tak bersedia. Dia tak ikut orang yang pakai tudung sebab dia tak bersedia lagi nak berhijab. Bagus, berfikir diluar kotak. Dia tak ikut apa yang yang orang buat sebab dia tak faham apa,mengapa sebabnya.

Hati aku berkata, dia ni nak menunjukkan sesuatu pada kita. Dalam masa yang sama, ada seorang rakan aku cakap "Dia ni merepeklah, tak suka dia ni". Aku potong dan cakap "Aku suka dia". Bukan kerana dia menegakkan tentang sebab pakai tudung tapi dari segi caranya membuat kita berfikir.

Sudut 1: Dia ni sesat nak suruh orang tak pakai tudung. tapi dia pun berhijab juga.
Sudut 2: Tak khatam agama kot. Nak pertikai suruhan Allah?
Sudut 3: Blank
Sudut 4: Dia menyuruh kita berfikir dan apa yang dia cakap ada maksudnya.

Pada pendapat aku, dia menyuruh kita berfikir mengapa kena pakai tudung? Wajib? Ikutan? Rela paksa? Ikhlas? Bertudung tapi akhlak buruk? Tak bertudung tapi aklak baik? itu yang dia nak kita fikir sebenarnya. Dan seperti biasa kita bangsa melayu yang punyai tanggapan prejudis dan come to the conclusion dia ni merepek. That's it. Cukuplah ini yang aku nak katankan. Walaupun benak hati aku ingin berkata lagi. Aku meminati Fynn Jamal. Barangkali korang tak kenal. Dia bukan penyanyi,dia pencerita jalanan kehidupan. Seorang yang puitis. Aku tak tahu yang dia ada blog, dan aku baru sahaja tahu tentang blog dia. Aku tak kisah kalau korang tak faham apa yang dia sampaikan kerana itu cerita yang dia describe. Pandangan nya yang kaya dengan bahasa cuma kadang-kala kita tak pernah terfikir. Ayat macam nih dia boleh sampaikan kat orang? Tentang hijab, aku sependapat dengan dia. Tuhan, jangan jadikan hati aku keras. Jelik dengan manusia disekeliling aku yang menyebabkan kadangkala aku benci diri sendiri,aku benci bangsa aku,aku rasa jelik dengan perangai mereka. Lindungi aku dan akhlakku. Tetapkan jalan ku agar ianya lurus dan menuju ke arah MU. This is her entry, for those yang klik. Aku nasihatkan korang baca sampai habis. Kalau tak faham, terpulanglah pada korang sendiri. Kan ada pendapat masing2. Banyak udang banyak garamnya, banyak manusia banyak ragamnya.  FYNNJAMAL  .. Salam pada kamu semua..

*********************************************************************

Sunday, March 11, 2012

*************** feeling empty**********************

1) becoz it's my final exam, and 3 sem jatuh bergolek2 cgpa.. Buat kan final nih rasa sangat2 takut.. Luckily, cik paen nasihatkan saya.. Even ayat dia pendek, Chic jangan takut.. Klu takut nnti semua benda tak jadi.. =)

2) becoz i will leave all my friends, all my lecturer, my hostel, my J town, kabus pagi2, bunyi burung2.... I'm gonna miss every second i've spent here for 3 years dude..

3) becoz sometime i play alone with myself and my friends at home together(jeles)

4)  becoz i will live behind all memories and maby after this if i met my friends, it wouldn't be same as before.. 

orang 1: Awak nak pindah ke?
orang 2: Ya, saya nak pindah.
orang 1: Awak ada tertinggal barang tak?
orang 2: Saya da packing barang2 saya. Rasanya x ada apa2 yang tertinggal. Apa yang saya tertinggal?
orang 1: Mungkin awak tertinggal kenangan. Pastikan awak tak tertinggal kenangan yang ada di tempat lama. Ianya berharga dan indah.
orang 2: Baik.

Tuesday, March 6, 2012

lalalalalala.. weeeeeeeeeeeeee

Haiii.. Ari nih ada lah hari last presentation level diploma + last study week in diploma juga.. Ouhhhhhhh, FINAL.. =.=" scray gak.. Hurm, just want to say sorry to cik Kembang Khaleda sebab dia kena datang awal utk presentation dia yg sepatutnya pukul 12, tapi da terpacak kol 7.50 kat block C.. Aku x tahu yang korang prsent group lain, sebab madam mmg selalu ckp lain2.. Aku ingt korang present group sama ngan kita org.. Tambahan pula korang 1st group.. Madam pun ckp kat aku kol 11.30 a.m present, tapi alih2 kol 9.50.. I just care about korang sebb x nak lah korang x present mcm kes dulu(pretty damn shit chic, bila bagi info mesti jadi lain, x pe lah, pasni orang tanya, aku rasa mcm da nak buat sumpahan, ada orang tanya,aku jawab ENTAH, tapi kes diowang nih aku yang tanya diorang, hehehe.. MY BAD) Mulai sekarang itu trademark aku sampai bila2.. Sorry kat korang, klu nak tarik muka, tariklah sampai k.l.. I don't mind... Ya,salah saya.. TQ

P/S: Cikgu cakap buat baik ngan orang berpada2, kan da jadi gini(sibuk tepi kain org lagi)


Ok bab baru.. Hurm, saya nak ckp secara general.. Did you know how to respect people feelings..??? Pengalaman akan ajar kita, sesuatu yang aku belajar.. Bila kita terluka, jangan lukai orang lain.. apa kau rasa bila terluka..? Sakit? Marah? Benci? Semuanya akan keluar.. Everything!!! Satu je yang aku perasan, kita boleh share semua benda ngan orang.. Tapi x akan ada seorang pun faham perasaan kita melainkan dia melaluinya(depends keadaan yang mcm mana dia laluinya)... Untuk menjadi dewasa, kita akan lukai banyak orang.. Kita rasa ianya tak berlaku, but it did happens dude!!!!! Aku akan sentiasa hormat perasaan orang, belajar daripada orang, sebab aku tahu betapa x seronoknya rasa terluka hati dalam percintaan,persahabatan etc(Saya belajar daripada orang yang ajar saya)... Klu orang x suka,jangan paksa.. Sebab dia x suka.. Buat apa nak paksa, klu nak marah,marah directly,x yah simpan, klu nak bagi kaki, bagi je kaki kat dia tuh.. Hehehehe ..

P/S lagi: Pada pendapat awak, orang yang ckp diri dia pendendam atau orang yang pendedam tapi dia x cakap dia seorang yang pendedam. Siapakah yang lebih bahaya???(cepumas)..