Senja pantas menelan langit menukar ia menjadi gelap dan kelam, tapi dihiasi cantik bintang dan bulan. Aku memandang ke langit melihat burung berlumba-lumba pulang ke sarang. Hmm, sudah msuk waktu maghrib. Ouh, malam ini aku nak masak puding karamel untuk Mia(kawan sekerja aku,aku keje di kedai makan.. Most of them adalah warga asing,Myanmar).. Penat pula rasanya, tak apa lah. Lagi pun aku tiada duit untuk beli hadiah, aku masak untuk dia pun bagus juga.
"Abang, saya nak telur 13 biji boleh tak?" Abang indonesia memandang tepat ke muka ku, " Boleh RM 4.00, banyak nya telur nak masak apa? Hmm, nak kena explain kat abang nih ke? Suka hati lah den nak buat apa, sibuk je!. " Ouh, saya nak masak puding karamel. Nak bagi orang dan untuk rumah juga." Terus aku berlalu, masa tidak banyak sebab aku ada 4 jam je lagi untuk siapkan puding karamel ni.
1 jam kemudian,
"Nak buat apa telur banyak-banyak ni?" Emak melalui kawasan perang nya iaitu dapur untuk melihat kalau-kalau ada pinggan yang tak di basuh. Al-maklum lah, anak-anaknya sudah makan memang tak reti basuh pinggan. Hehehehe.
"Den nak masak untuk Mia, malam karang diorang nak sambut birthday party lepas kedai tutup." Kata aku yang bersahaja tanpa mengendah kan kehadiran sang emak.
"Dengan orang bukan ke main lagi kau baik, dengan mak tak ada pun macam ni. Dah mati aku nanti barulah nak berbakti. Dah mati aku nanti baru lah nak ingat mak abah. Awak tu perempuan jangan nak baik sangat dengan orang. Jaga batas tu, diorang tu bukan nya melayu pun. Yang nak baik sangat buat apa!?"
Dasss, sentap jantung. Rasa panas telinga. Aku jadi membuak-buak untuk melawan. "Apa salah nya nak buat baik dengan orang. Ada masalah ke? Bukan nya den buat apa pun, makan je. Den tak pergi pun disko, kat kedai makan tu je.Hmmm.
" Aku berlalu dan masuk ke bilik. Hmmmm, hanya keluh yang aku dapat luahkan. Aku tak minta apa-apa pun. Kenapa setiap tindakan aku perlu dipersoalkan? Aku tak minta telefon atau jam tangan yang mahal bila adik aku dapat semua itu. Aku tak minta apa-apa pun. Kenapa aku yang perlu dipersalahkan dalam segala tindakan. Kusut kepala aku, aku punya abang yang pentingkan diri-sendiri. Aku juga yang di jadi sasaran, seronok adik aku dapat itu dan ini tapi belajar pun main-main. Aku ini apa? Hmmmmm, aku nak masak separuh untuk kedai dan separuh rumah. Hmmmm, tak faham aku. Emak tak kan pernah faham aku, dan aku tak kan pernah faham dia. Bila aku tanya A, dia pasti akan jawab D.
30 minit kemudian.
Aku bancuh acuan dan sukat menjadi 2 bekas. Tak apa lah, biar lah kena maki-hamun. Kalau da niat nak masak untuk orang tu, masak je lah. Masa berlalu dengan pantas. "Bau da kuat da ni, da masak kot." Pekik adik aku dari bilik. Aku pun berlari. Yeaaa da nak masak(belum buka lagi periuk kukus).
"Oh my god. Oh my god.Damn it" Ambik kau, dia kembang jadi macam kek la pulak!!!!! Argh, kalau da kena sumpah dengan mak, semua benda tak kan jadi,Sebab tak direstui!. Hish, apasal lak boleh kembang macam kek ni? Ni mesti sebab aku letak tepung kastard. Hish, degil lah kau nih, da tahu tak ingat nama tepung yang kau guna sebelum ni, yang tibai letak tepung kastrad apahal. Macam mana ni? ada lagi 2 jam je ni. Hah, niat tetap niat.
"Aku nak kuar jap, salin bekas kukus tu. Aku nak beli telur jap" Aku jerit pada adik aku dan mencapai kunci kereta. Aku pandu selaju mungkin. Fuhh, kedai belum tutup tapi abang-abang indonesia sedang mengemas.
"Bang nak telur 10 biji. Berapa?" Aku tanya dalam keadaan gesa."Haa, RM 3.00 je. Tadikan da beli telur, asal beli lagi? Nak ternak ayam ke?". Lupa lak,explanation diperlukan. "Ouh,kuih tak jadi. Nak buat yang baru. Ok bang, terima kasih."
Dalam perjalanan pulang, aku jadi sayu lagi. Kenapa emak cakap macam tu. Sebelum ni pun dia cakap macam-macam dengan aku. Dengan abang aku,adik aku tak ada pula dia cakap macam tu. Ingat aku tak sedih ke? Memang lah aku ni keras hati,keras kepala. Tapi aku bukan nya batu lagi-lagi Batu Caves. Aku pun tahu sedih gak. Semua nya tala kat aku. Abang aku ada i-pad,nokia touch-screen,ada laptop. Aku juga yang bising sampai mati lah,apalah. Hmmm.. Aku minta apa-apa pun cuma cakap lah sesuatu yang boleh buat aku tersenyum. Itu da cukup bermakna.
Sekian..
Tiada kena-mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun da mati(just amik tajuk nih dari lagu yang AYU gemuk post kat FB)
Buat aku tersenyum-Sheila on 7
No comments:
Post a Comment