Apa yang aku buat? Aku menikmati perkataan CUTI SEMESTER..
Hahahahaha, Nak cuti3 Malaysia, x ada duit..
Jadi cuti di rumah je lah.. Jadi suri rumah tangga sepenuh masa..
Aku mengemas rumahku yang macam tongkang pecah..
Dan melayan anak3 aku yang 9 ekor kucing semuanya..
Walaupun poket aku kering tapi takpelah..
Aku da keje dari darjah 6 untuk hampir setiap cuti sekolah atau cuti semester.
Masa diploma dulu, aku keje sebagai cikgu ganti,kerani akaun,waiters merangkap cashier merangkap kerani akaun, operator kat puspakom
So, it's time to enjoy the holiday.
Walaupun aku di rumah nih tak main komputer,tengok cerita korea ataupun movie sekadar membuang masa dan kemas rumah dan berpoya-poya.
Ianya seronok sebab aku cuba mengenali orang di sekeliling aku, banyak benda yang aku terlepas dan aku tak kenal pun orang disekeliling aku sangat.
Yalah masa diploma dulu, aku jarang balik hanya waktu stress atau cuti panjang. Kalau ada assignment atau projek besar, aku x balik umah.
Then bila cuti semester baru 2-3 hari duduk rumah aku cari kerja dan kerja sampai lah hari nak daftar kat jengka tuh...
- Aku pernah lepaskan konvoi raya terakhir aku bersama arwah hadi dan kengkawan yang lain hanya kerana nak siapkan assignment dan test yang menanti...
- Aku pernah terlepas birthday party kawan3 aku...
Aku rasa sangat menyesal dan sedih sangat bila terfikirkan, so bila ada gathering, aku akan cuba pergi.
Aku memang tak selalu contact kawan bila kat tempat study hanya certain people je.
Bagus juga ramadan masa aku cuti sebab aku akan jadi malas nak keje, kalau nak keje pon aku akan pikir susah nak cuti kalau da nak raya.
Aku ada banyak benda nak buat juga masa cuti nih macam betulkan laptop ak dan komputer rumah(yang laptop sendiri tuh mmg malas tahap gaban tapi rumah punya setel da virus3 bedebah tuh), main gitar, melukis, tulis lagu, memasak, memancing, cari cikgu3 lama, mendaki broga semula(ari tuh tak sampai puncak,almaklum lah semputttttttt).
Tapi tuh semua angan3 je...Aku malas nak buka laptop,malas nak main gitar, malas nak bangun sahur, malas nak mandi, malas nak masak, malas nak gosok baju abang aku, semuanya malas lah..
Tapi mungkin esok lusa, sebab nak dekat raya nih timbul banyak semangat nih.. Hehehehe..
Disebabkan aku x keje dan tiada panggilan interviwe jadi sekarang nih aku nak jadi freelance je buat jobsdirumah.com.
Hehehehehe..