Pages

Monday, September 26, 2011

Rungut

"Hurm,bosan nya duduk kat dalam kampus nih. Kan seronok kalau aku ada kereta. Boleh kuar pergi jalan-jalan.Tak perlu lah susah payah nak sewa kereta. Kopak je sewa kereta. Da lah mahal, dapat kereta macam tongkang pecah!"rungut benak hati ku.

"Hari ini nak pergi photostate nota law. Hishh, macam mana nak kuar ni? Aku tak nak naik van pergi bandar, penat lah nanti. Aku nak pinjam motor Mia lah." aku berkata sendirian.

Dalam perjalanan, aku berdoa agar tak hujan. Tengahari yang mendung. Kalau hujan, alamtnya basah kuyup lah aku. Hurm, alangkah bagusnya kalau aku ada kereta. Tak perlu pinjam motor Mia dan kalau hari nak hujan pun aku tak risau.

Sedang aku merungut, ada sebuah motor yang ingin keluar simpang tetapi dengan perlahan. Aku juga memperlahankan motor untuk memberi ruang kepada sang motor itu juga. "Eh, apa yang pakcik tu pegang?'' hati ku berkata.


Aku mengekori pakcik itu dan kelihatannya basikal itu seperti rosak. Mungkin pakcik tu ingin hantar membaiki di kedai basikal. Aku mengekori dengan jarak dekat dan tekaan aku salah. Basikal itu masih lagi baru kerana ada plastik yang melilit di badan basikal itu. Sememangnya basikal baru yang berwarna hitam.

Pakcik ini pasti membelikan hadiah untuk anak tersayang nya. Mungkin kerana dia tiada kereta, dia membawa basikal itu sebegitu rupa. Aku mengeluarkan handset dan tangkap gambar pakcik ini.

Bodohnya aku kerana merungut tentang sesuatu, aku tak bersyukur dengan apa yang ada. Sedangkan pakcik itu mengunakan motor sebagai kenderaan utama untuk membawa apa sahaja.

*********************************************************************************
sekian......

No comments:

Post a Comment