Pages

Tuesday, October 1, 2013

Istighfar


Hari ni g kelas Arab, and ustazah bercerita tentang istighfar.. Betapa Allah permudahkan kesukaran yang kita alami apabila beristighfar... Setahun yang aku tempuhi nih sangat mencabar dan aku lupa apa yang aku pernah buat masa diploma.. Adab2 belajar, doa, istighfar,nota,tekad.. Semuanya aku lupa... Dulu ak selalu bangun malam utk study, aku mmg jarang buat solat tahajud.. Tapi aku akan set mind utk bangun kol 2 pagi sebab x sembahyang Isyak.. Hehehehehe.. Tuh je cara aku nak bangun pagi.. Sebb x sembahyang Isyak, and aku berjaya bangun walaupun adakalanya terbabas juga...

Ustazah ada cerita pasal di dalam Al Qur’an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman, “Beristighfarlah kepada Tuhanmu – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. (QS. Nuh:10-12)

Cerita mengenai imam Hambali.. Suatu hari dia mengembara dan tiada tempat berteduh. Lalu datang seorang lelaki mengajak nya tidur dirumah.. Lelaki itu adalah pembuat roti.. Sambil dia menguli roti nak beri Imam nih makan, dia beristighfar.. Lalu Imam Hambali bertanya "Apakah yang kau dapat dengan beristighfar?" (Imam nih saja test, dia nak tahu sebab lelaki tuh je).. Lelaki tuh cakap, " Apa yang aku minta,Allah akan sentiasa beri padaku dengan cara beristighfar kecuali satu sahaja yang aku tidak dapat lagi iaitu berjumpa dengan Imam Hambali." Imam itu membalas " Aku lah Imam Hambali, dan Allah menghantar aku berjumpa dengan kau".. Betapa ajaibnya dengan istighfar kerana itu janji Allah.. Apa yang sukar,kita mohon pertolongan dari dia.. Istighfar agar dosa diampunkan..

Subhanallah. Istighfar merupakan satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. 2- in-1. Kerana itu tidak hairanlah hamba Allah yang sungguh-sungguh beristigfar  dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan,semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat.
Kerana itu Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.” 

Kawan2 jadikan lah amalan.. Aku ingin cari semula nikmat belajar yang da lama hilang.. Suatu tika dulu, belajar itu menyeronok kan.. Ilmu itu sangat luas dan menakjubkan.. Itu perasaan yang da lama hilang.. Sekarang nih aku kena start all over again even dan nak abis degree akaun nih.. Serabut sikit ngna practical yang requirement nak cgpa 3.0.. Memang den x dapat lah kan.. Hopefully sangat ada yg sudi terima pelajar 3 suku ni.. Selamat malam dan istighfar lah sebelum tidur dan sebelum fajar.. Ouh yeah, Surah al- Anbiya ayat 79.. Amalkan bgi yang sedang belajar.. Baca 11 kali sebelum matahari terbit.. Salam..